-
Lihat pemenang tempat ke-2 dan ke-3 : Here
Mula-mula aku semak senarai pemenang hati aku dah berdebar-debar. Ada 3 pemenang tempat ketiga, 1 untuk pemenang kedua, dan 1 untuk pertama. Masa itu line connection aku slow sangat jadi aku ingat tiga artwork tu saja yang menang, aku rasa sangat hampa. Aku refresh balik untuk memastikan fakta aku betul ke tak. Bila aku scroll down aku tersentak bila dapat tahu yang artwork aku mendapat tempat pertama dan bukan itu saya aku dapat RM 1000. Gile-gile!
Ini merupakan salah satu artwork yang aku paling suka bukan kerna menang RM 1000 tapi sebab dia berikan aku satu perasaan yang mana aku perlu hasilkan artwork yang berbaloi untuk dihargai dan adakah ia layak untuk diberi ganjaran. Aku cuba meletakkan diri aku pada tempat penganjur iaitu RC Smart. Apa yang mereka inginkan dan adakah ia berbaloi untuk menerima ganjaran. Pada aku ia bukan menjurus kepada wang akan tetapi penerimaan hasil seni itu sendiri. Aku sering bertanya adakah ia akan diterima dan dihargai. Kerana dalam apa juga yang kita lakukan, kita sememangnya mahu dihargai.
Apa-apapun tahniah juga kepada Melongray, Yman Siew, Rahimie Rashid & Farlism.

Akhir kata, aku sangat gembira dan aku berharap tahun 2012 akan memberikan lebih banyak berita gembira. Sekian terima kasih.
Interview aku bersama dengan RekaTee, jangan lupa pergi baca Designer Interview: Gilbert Juan
No comments:
Post a Comment