WEKILLEASY CLOTHING




My clothing label base in Miri, Sarawak (Borneo). Establish since 2010. Really appreciate it if you guy like our page, support us ya'll. All design currently made & illustrate by me, Gilbert Juan.

January 17, 2013

Update 2013

Tahun baru dah bermula. Ada banyak yang aku nak ceritakan tapi macam tak penting pula. Penting untuk aku tapi mungkin tak penting bagi pembaca. Apa-apapun aku harapkan tahun 2013 ini nanti akan beri lebih banyak makna dan kejayaan buat aku. Bulan februari nanti aku akan menggambil sijil "wireman 2&1" di CIDB Kuching. Mulanya aku agak risau apa yang akan terjadi dengan WKEC sepanjang tempoh aku belajar nanti. Oh ya sijil tu akan menggambil masa selama 8 bulan. Jadi aku buat perancangan nak perlahankan WKEC dan fokus untuk pelajaran aku dahulu. Tapi dalam tempoh masa itu aku akan cuba untuk luangkan masa melukis lebih banyak "design" yang lebih bagus. Mungkin aku akan dapat lebih banyak inspirasi daripada "culture" bandar Kuching yang mana pada pandangan aku agak menarik. Kerana di bandar Kuching ada galleri seni dan aku dapat luangkan masa menghayati seni-seni yang berbeza. Jadi kalau ada "internet connection" disana nanti aku akan tulis di blog ini, jangan risau. Itu sahaja buat masa ini sebab nak sambung tonton cerita Chinese Zodiac 12 (CZ12) lakonan aktor kegemaran aku Jackie Chan. Sekian terima kasih.

Gilbert Juan.

WKEC (WEKILLEASY CLOTHING)