WEKILLEASY CLOTHING




My clothing label base in Miri, Sarawak (Borneo). Establish since 2010. Really appreciate it if you guy like our page, support us ya'll. All design currently made & illustrate by me, Gilbert Juan.

January 3, 2012

Karya Sulung Untuk Tahun 2012

Pada 4hb nanti aku akan berpindah ke ICATS Kuching selama dua bulan untuk semester pendek. Ada 3 subjek yang dipendekkan iaitu Instrumentation & Control Principles, Microprocessor Systems dan Engineering System. Harap-harap ada pengiraan taklah susah sangat nak menghafal. Apa-apapun doakan agar aku sampai dengan selamat. Selamat Tahun Baru buat kamu yang membaca. Semoga tahun ni menjadi tahun yang lebih baik dari tahun yang sudah.

Gambar anak sepupu aku merangkap anak buah. Sepupu aku ada mintak aku buatkan design untuk di buat baju. Inilah hasilnya. Ok tak? Boleh tahan jugak nak hasilkannya, sebab aku tak berapa pandai dalam penghasilan potret. Keseluruhannya aku berpuas hati dengan hasil akhir karya ini.

Ini karya baru buat label aku WKEC. Sedikit berbeza dari karya-karya yang sebelumnya kerana pada karya ini aku cuba untuk bermain dengan bentuk. Pada gelung itu aku tuliskan ayat yang berbunyi "Don't forget your roots my friends" dan "Don't forget your family my friends". Karya ini belum lagi aku muat naik pada page aku sebab beri keutamaan pada blog ni dulu.

Karya ini mungkin sudah aku muat naik pada blog ini pada entri yang lepas, bezanya hanyalah pada bahagian belakang yang aku tukar kerana aku kurang berpuas hati dengan karya sebelumnya yang agak kosong. Blog karya ini telah berjaya aku hasilkan selepas beberapa 6 kali percubaan. Namun dalam proses itu aku belajar banyak kesilapan yang selama ini aku terlepas pandang. Hasilnya sangat memuaskan, tak sabar rasanya untuk berkongsi dengan rakan-rakan sekalian.

Aku ada membuat promosi RM 10 untuk mencetak karya ini pada bulan Disember lepas. Sambutannya sangat mengalakkan dan aku mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang menyokong aku. Aku memintak mereka membawa baju kosong mereka sendiri dah hanya membayar RM 10 sahaja untuk cetakan. Bahkan ada yang sanggup membeli baju kosong sendiri semata-mata untuk promosi itu. Aku amat gembira bila mereka berpuas hati dengan hasilnya.

Semua karya diatas hanya akan dicetak sebaik sahaja aku balik dari Kuching selama dua bulan.