WEKILLEASY CLOTHING




My clothing label base in Miri, Sarawak (Borneo). Establish since 2010. Really appreciate it if you guy like our page, support us ya'll. All design currently made & illustrate by me, Gilbert Juan.

December 4, 2011

FLYING ACE

|FLYING ACE|

Design ini aku hasilkan selepas design RC SMART - FLYING HIGH (PILOT) untuk satu pertandingan design baju anjuran RekaTee. Sepertinya design-design yang lain aku akan membuat kajian samada dari segi ketepatan image dan fakta. Ini kerana setiap design aku tujukan khas kepada setiap individu yang punyai "passion" akan subjek tersebut.

Selain itu design ini juga dihasilkan dalam tempoh masa aku sibuk dengan projek akhir semester aku yang akan dibentangkan pada 6hb 12 2011 nanti. Tajuk Flying Ace diambil untuk memberi keunikan pada maknanya sendiri yang mana ia merupakan satu pingat yang diberikan kepada pejuang pilot tentera yang berjaya menembak kapal pejuang musuh.

Pada asalnya aku ingin menamakan ia sebagai Kamikaze kerana aku kagum dengan semangat patriotik mereka yang berani mati untuk negara mereka. Aku punyai minat akan info yang berkaitan dengan perang dunia dan strategi perperangan. Bukan aku bermaksud aku suka akan perperangan, tapi lebih kepada strategi perperangan itu sendiri yang mana ia sangat menarik dan bagaimana satu strategi yang bagus dapat membawa kepada kemenangan.

Walau bagaimanapun rajinkan membaca buku atau info-info yang berfaedah daripada duduk depan facebook menunggu dan membaca status orang lain.

|RC SMART - FLYING HIGH (PILOT)|
Kalau tak keberatan silalah bantu aku dengan mengundi di sini: http://www.rekatee.com/design/submission/1837-RC-SMART--FLYING-HIGH-PILOT/ dah yang seronoknya kini dapat login dengan menggunakan akaun facebook. Vote "I Love It!" ya.

No comments: