WEKILLEASY CLOTHING




My clothing label base in Miri, Sarawak (Borneo). Establish since 2010. Really appreciate it if you guy like our page, support us ya'll. All design currently made & illustrate by me, Gilbert Juan.

October 20, 2010

WEKILL MONSTER LIBRE



Ada yang kata kalau buat banyak sangat entri dalam satu hari tak bagus untuk kesihatan blog, kenapa ye? Tapi ntahlah. Aku dah tak tahan nak post design ni. Design ni dari artwork aku yang sebelum ni Monster Libre #1. Aku buat balik sebab yang sebelum nie line dia sangat halus jadi pada pendapat aku mungkin tak efficient kalau nak print nanti. Jadi apa yang berubah adalah, aku tebalkan dan variasikan saiz line. Bahagian belakang dari rotan berduri aku tukarkan dengan bingkai sebab yang sebelumnya nampak kosong. Aku ada gak mencuba menambah warna dalam design ni supaya tak nampak kosong tapi belum berpuas hati dengan hasilnya. Nantilah aku post lagi kalau dah siap.

Aku jenis yang suka akan kekemasan dalam design aku, jadi dari Ps--->Corel Draw--->Ai. Mungkin ada yang kurang berkenan mengunakan Ai. Tapi apa nak buat aku takda Wacom Tablet jadi nak melukis dalam Ps menggunakan tetikus, bagi aku kurang bijak dan tak efficient. Tambah dua tetikus aku rosak dalam experiment melukis.

Apa-apapun baju ni belum siap dan masih dalam perbincangan samada nak di cetak pada baju dan dijual ke tidak. Sebabnya aku tak nak syok sendiri, nanti aku print takde yang nak beli tak ke rugi. Niat aku nak print dalam empat warna baru pengguna rasa berbaloi bila beli. Ye tak?

Apa-apapun WE-KILL-EASY [nothing is simpler].

2 comments:

mangosteenskin said...

hebatlah gilbert! mango pun memang minat digital illustration ni tapi selalu ada saja alasan tak ada masa nak eksperimen. i think you've done it very well, apatah lg lukis dengan mouse saja. mango masih mengelak buat design yg complicated sebab buat masa ni nak beri perhatian pada stamp saja.

PENCUCI JɅMBɅN™ said...

janganlah cakap macam tu.. segan pulak saya.. takpe setiap individu punyai keunikan yang tersendiri.. lagipun kalau dak bandingkan yang saya punya dengan kak jauh.. kak memerlukan ketekunan yang tinggi.. kalau saya punya salah sikit saya masih boleh undo..