WEKILLEASY CLOTHING




My clothing label base in Miri, Sarawak (Borneo). Establish since 2010. Really appreciate it if you guy like our page, support us ya'll. All design currently made & illustrate by me, Gilbert Juan.
Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

August 13, 2010

Duit dari Nuffnang!




Takde duitnya. Ingat nuffnang suka-suka nak bagi duit? Lainlah kalau blog tu banyak follower (definisi aku kalau nak buat duit guna nuffnang), lagipun aku buat blog nie bukan sebab duit, tu yang entri aku banyak yang kureng2.. Kalau kau nak tahu serba sedikit pasal hidup aku yang tak lah seberapa nie sinilah tempatnya. Takyah nak tahu banyak tahu sikit pun dah cukup. Kalau setakat blog walking lepastu tak datang lagi baik takyah datang terus. Buang masa ja. Komen2 ke, ni tidak nak duit je.

Surat Saman dari Blogger.

p|s: klik gambar untuk view yang lebih jelas




Bukan surat saman, sebenarnya surat penyataan copyright. Itulah sapa suruh sukati-sukati je nak buat entri. Pengajaran untuk hari ini, jangan suka-suka nak buat entri.

Aku ambik serius dalam hal copyright nie, orang susah-susah berkarya kita senang-senang nak curi. Kalaulah artwork aku yang kena curi komfom aku saman. Bagi pengajaran sikit supaya lain kali fikir dulu sebelum nak mencuri. Lagipun benda curi tak berkat, jangan pulak lepas ni cakap aku pinjam je. Takda pinjam2.. nak aku buatkan artwork boleh.. bayarlah! ingat senang ke.. (sombongnya bunyi).. tapi tu memang dah hakikat. Bukan senang nak hasilkan satu-satu artwork ambil masa, tenaga dan mental. Silap-silap boleh jadi gila. Akhir sekali, hormatilah hakcipta seperti mana hang menghormati diri hang.

August 8, 2010

Aku Belajar Printing Baju Bhgn 1

Alkisah bermula begini, ada satu hari yang mana setahun yang sudah aku terjumpa satu laman sesawang yang ada memberikan tunjuk ajar macam mana nak buat t-shirt pembetulan printing t-shirt. AZMIETSHIRT nama web tu. Aku pendekkan cerita nie bukan ada yang nak baca pun, jadi aku ambil keputusan tuk menabung pakai beli tiket kapal terbang nanti. Lama gak aku menabung, kadang-kadang bila tengok orang makan yang sedap-sedap aku terpaksa ikat perut. Nasib aku baik sebab tempat pengajian aku tu tak lah jauh mana, jadi boleh pegi balik makan tengah hari.

Dalam aku menabung tu aku adalah jumpa satu skim buat duit, namanya Aleacorp. Nak jadi ahli kena bayar RM 30 atau RM 150. Dah dasar manusia memang tamak aku pilihlah yang RM 150 tu. Kalau nak dapat duit cara nie mesti pandai berkata-kata dan usaha. Disebabkan aku taknak menipu cakap boleh buat duit banyak tanpa usaha jadi aku buat keputusan untuk tak teruskan. Lesaplah RM 150 aku tu. Tapi niat aku untuk belajar cetak baju tak pernah padam, macam arang, api dia kecil tapi boleh memasakkan daging.

Aku kumpul sampai RM 600. RM 400 untuk tiket dan RM 200 untuk yuran belajar. Bayangkan nak bawa RM 600 tu ke ibu kota. Nak mampus! Kurang-kurang pun seribu tu pun belum tentu cukup. Jadi aku minta kat mak aku minta modal RM 500 tapi dia bagi RM 600. Dah Rm 1200. Masa kat airport ayah aku lak bagi RM 300. Jumlah keseluruhan RM 1500.

Bebalik kepada cerita masa aku beli tiket kapal terbang. Masa aku nak beli tiket banyak sangat masalah. Disebabkan kalau beli tiket online lagi murah aku pun buat keputusan nak buat satu maybank visa kad. Nanti senang nak beli tiket. Masa aku nak buat kad, aku punya kad pengenalan tak dapat nak dibaca. Terpaksalah buat kad pengenalan baru. Nak buat kad pengenalan bukan sekejap, aku terpaksa tunggu sebulan. Tertangguh lak sebulan niat mulia aku nie nak printing baju. Siap je aku punya kad pengenalan aku terus ke bank maybank nak buat kad. Masa tu aku masih simpan duit kat celah-celah buku. Malas lah nak buat tabung dari buluh, leceh.

Nak dapat persetujuan dari mak dan bapak aku susah sangat sebab mana ada ibu & bapa nak bagi anak diaorang pegi ke tempat yang diaorang tak pernah pergi. Nie kan nak pegi sorang-sorang. Ibu kota pulak tu. Cukup duit RM 600 aku cuba booking online sendiri. Nasib aku memang malang sebab kad aku tu tak boleh pakai beli tiket kapal terbang online. Masa tu aku memang rasa celaka sesangat. Aku mintak lah tolong kawan aku ADAM GAU. Satu benda yang aku sakit hati sangat dia macam ambil kesah tak kesah ja. Tiga hari aku tunggu dia beli tiket, tak beli-beli. Malas nak tunggu aku suruh lah pensyarah aku Puan Ida tu pun kebetulan sebab masa tu aku nak suruh pensyarah lain. Bila nak booking je komputer ada masalah. Takdapat nak beli online. Apalah malang sangat nasib aku. Terpaksalah aku minta tolong Adam sekali lagi dengan muka yang tersangat lah tebal macam kamus dewan.

Masa beli tiket dari Miri ke KL takda masalah. Tapi bila nak beli dari KL ke Miri tetiba kad penuh, tak dapat nak beli lagi. Aku tak tau macam mana nak bayangkan perasaan aku masa tu. Kalau aku nak terus menetap kat sana tak pa lah juga. Tapi Adam nie bijak orangnya, dia mintak kad satu lagi dari ayah dia. Syukur semua okay.

Baiklah aku berenti kat sini, lain kali aku sambung lagi. Satu lagi ada kawan aku tanya kenapa kau kadang-kadang pakai bahasa melayu, kadang-kadang pakai english. Aku tulis dalam bahasa omputeh sebab nak praktis writing skill aku. Kalau salah satu dua tu takda yang nak memaki. Kalau ada pun aku peduli aku, aku punya blog sukati aku lah nak cakap bahasa apa. Nie yang aku cakap dalam bahasa melayu sebab lebih senang. Nanti kalau tulis dalam bahasa english tapi berterabur apa guna. ye tak.

Apa-apapun cerita nie nanti sangat panjang dan ada banyak benda yang menarik sepanjang perjalanan aku ke sana. Sebelum abis aku nak ucapkan berjuta-juta terima kasih kepada Mak & Ayah aku sebab kalau tanpa diaorang benda nie takkan jadi. Terima kaish Adam Gau sebab tolong beli tiket, aku tak perlukan banyak kawan asalkan aku ada sorang yang macam kau. Lepastu Abang Azmie & Kak Umie sekeluarga sebab banyak tolong aku masa kat KL, jasa abg & kak mie takkan saya lupa. Dan semua yang merealisasikan impian saya setakat ini. Perjalanan saya masih jauh lagi, masih banyak yang belum tercapai, semoga kita berjaya.

July 29, 2010

When sorry..

I won't say sorry cause i don't commit any crime even not posting anything at my blog. aint' I'm right? Okay, past few days lots of things happen to me some of it pretty much interesting and some of it kinda boring. How i meet a few nice guy at the airport and in the airport. Airport? you'll find out later..heheheh. So I'll post everything later as soon as i regain my health back. I show you a little bit of my upcoming artwork. It was something i never done before so it might take longer than i thought. Anyway anyhow, have a good life time.




July 19, 2010

mimpi yang sangat pelik

Aku baru saja dapat mimpi yang sangat pelik.. aku mimpi pasal satu budak perempuan kena culik. Aku tak pasti mana nak mula sebab ingatan aku masih samar2 maklumlah mimpi. Ceritanya bemula begini, ada satu budak perempuan kena culik yang herannya aku sedih sangat. Jadi orang yang culik tu minta wang tebusan, dia minta pakai online payment tapi yang lagi pelik bapak aku bayar pakai kredit telephone.. tak munasabah langsung.. Tapi lepas tu penculik tu minta lagi kali ini dia minta dalam bentuk check, yang herannya aku boleh tanya bapak aku macam mana nak bayar guna kredit telephone? heran.. dalam mimpi aku nie penculik tu sangat terer siap pasang cctv kat rumah aku.. kira macam dia tahu setiap pergerakan akulah nie.. tapi dalam mimpi tu rupa rumah tu tak macam rumah aku, lain sungguh lain. Jadi penculik tu hacklah system komputer aku untuk minta wang tebusan, dalam video tu macam Taliban pun ada penculik tu.. tapi sambungan cerita ini lagi pelik..



Lepas itu aku dan sekumpulan tentera pergi cari diaorang dalam hutan, (kenapa mesti dalam hutan, kat bandar takboleh ke?) aku tak tahu macam mana nak terangkan tapi suasana dia lebih kurang macam perang dunia pertama.. kalau yang main Call Of Duty itu tahulah macam mana. Aku tak berapa pasti berapa orang mungkin 6 orang, lepastu kami sampai kat satu rumah terbiar. Masa itu kami dah perasan ada musuh dekat depan jadi kapten kumpulan itu suruh sembunyi. Aku dengan takutnya pergi sembunyi bawah rumah tadi.. dekat aku ada sorang lagi geng aku.. berlaku tembak menembak, yang herannya rupa musuh tu macam komunis.. ada satu masa tu aku bergelut dengan satu komunis nie.. sikit lagi nak kena tikam dengan pisau.. selepas kesemua musuh tu dah tewas kami bercadang meninggalkan tempat kejadian tapi aku mengambil keputusan untuk berpatah balik ke rumah terbiar tadi, ada satu benda yang buat aku berpatah balik tapi aku dah tak ingat.



Bila aku sampai ada pulak sorang makcik tua dalam rumah tu.. kapten kumpulan tadi tu tak sanggup nak tinggalkan aku jadi dia bawa sorang lagi tentera untuk temankan aku. Kami tanya makcik tu samada dia ada dengar pasal budak perempuan tu.. dia kata buka radio.. aku yang dari tadinya menggalas radio.. sejenis radio yang ada tv.. sungguh pelik ada ke radio tv? aku rasa tu tv satellite.. dalam tv tu news dah maklumkan bahawa budak perempuan tu dah meninggal dunia, digantung.. masa tu aku sedih sangat.. makcik yang tadinya dekat depan kata ada musuh dah mengelilingi rumah tu.. kapten dah buat keputusan untuk menyerah diri sebab musuh terlalu banyak.. aku terjaga bila musuh dah masuk rumah dan tangkap kami bertiga... benda terakhir yang aku ingat adalah sorang tentera tu makan lemon..



July 13, 2010

King Of All Days




Today i miss my class unintentionally because our class FAM aka Further Analytical Method for Engineers which is usually start at 3 pm was change to 1 pm. So without knowing the changing I'm came as usual which is 3 pm and when I found out that I've miss my class I felt extremely frustrated because once you miss a class you are pretty much doom.

The funny thing is I try to figure out who will I choose to take this blame. I refuse to saying it was my fault so I'm blaming my lecturer because change the class schedule, I'm blaming our class leader because trying to call me while my phone was in my bag with silent mode. I'm blaming all my class mate because they don't bother to try call me or inform me. I'm blaming our college for other million reason that i couldn't figure out.

Most of all I'M BLAMING YOU!!!


July 4, 2010

How To..

HOW TO SAY SOMETHING WITHOUT SAYING IT OUT LOUD AND STILL THE MASSAGES IS DELIVERED?

  1. Take a card board and a marker
  2. Write what you want he or she want to know.
  3. Raise it as high as you could.
  4. Now you can start to make a wish that he or she would notice.
Viel Glück aka Good Luck (in German)

here is a few example:

you might nee something that more bigger than this or else you have to show it in front of that person face.. it either you get a slap or a kiss..


this one seem okay but the only place you can do this is in class and I'm sure you need some extra bravery spiritual access..


this one is perfect.. everyone can see it plus its loud and clear except you might get caught and spend a night in police station for vandalism..


my point is, there is thousand way to says what you want to say just make an effort and a little bit bravery.. you should be fine..

Love Story

a kind of girl i would like to fall in love with..



She really know how to sing and she pretty cute too, what else could you ask for? I think I'm in love.. i'll find the key for your locked heart..


p|s: a flower for you, love

July 3, 2010

Hingga Ku Jenuh


Band: Steven & Coconuttreez
Track Title: Hingga Ku Jenuh
Album: Good Atmosphere
Track #: 12



---------------------------------------

Saat senja, ku nikmati damaimu
ku terlena terbuai angan
terbang tinggi melayang
dan perlahan mentaripun menghilang

hingga dustamu terungkap
kau membuatku tetap tenang
tapi terasa menyakitkan
sadari kau tlah berdua

entah kenapa ku tak bisa melepasmu
kau hanya untuk ku, hingga satu waktu…
tak ingin lagi dirimu, dan kubiar kau berlalu….

kau hanya milik ku, nikmati dustamu
hingga kujenuh akan mu dan kubiar kau berlalu…

biar ku berlabuh, hingga satu waktu
biar ku puasi, hingga ku jenuh akan mu…

---------------------------------------

June 20, 2010

Heart To Tell

Band: The Love Language
Title: A Heart To Tell




Isn't it strange, these laws of attraction?
Let me be the one you rearrange
Lets start a chain reaction
We will know time will tell just like the tides
They ebb and flow
I'm no sailor, I want to rock the boat

And I cant waste a fallen star to fade away
I never had the heart to tell her
No, I never had the words to say
Some fools rush in, some fools just wait
I never had the heart to tell her
So I had to had the heart to break
And I'm still shaking the pain
You can walk all over me, just dont you walk away

I need a flame and she's a water bearer
Now I'm rubbing sticks out in the rain
Well it's just trial and error

We will know time will tell just like the tides
They ebb and flow
oh honey let me in or let me go

And I cant waste a fallen star to fade away
I never had the heart to tell her
No, I never had the words to say
Some fools rush in, some fools just wait
I never had the heart to tell her
So I had to had the heart to break
And I'm still shaking the pain
You can walk all over me, just don't you walk away

----------------------------------------------------------------


Andy Warhol once says "The most exciting thing is not doing it. If you fall in love with someone and never do it, it's much more exciting."

Today I'm going to talk about why I'm still single, not a very interesting topic though. Anyway why am i still single? For certain people being a single person without any relation makes they scared and some people never really care either they have a boyfriend or girlfriend or what ever you may call it. I'm the kind of person who always get rejection, kinda pathetic don't you think? Sometimes i think why am i always get rejected and why for some people it seem so easy? But deep in my tiny little heart says "maybe i haven't found someone who really care to love me" and one thing i love about being rejected is, you know that you are rejected so it time to move on.. so i won't bother to chase you anyway cause i have some other girl to chase. Its not the end of the world for me yet.

Anyhow a series of rejection can make you scare to publicly humiliate yourself again in the future.. So this kind of thing happen to me.. I get rejected again and again, such a happy feeling, but bad for your health. When i think again, i never go through such a extreme adventure in relationship where you have to swim the ocean to get the girl or you have to climb the Everest Mountain to get her. I would love to try it though.

I once watch a love story title "Train Man" where a guy get some advice from a group of people when he meet a girl in a train. It base on real story so i think there is nothing really impossible when it come to love story. Still why am I still single? I end up buying a book title "Men Are from Mars, Women Are from Venus" so that i can figure out what the problem but it seem i found nothing.



Sincerely, i think i need some guidance in this kind of issue or maybe the real problems is, i think too much.. instead of thinking to much why don't just go and do something about it.. The real thing is I'm not that "horny" to find a girl "fcuk" with.. maybe all i need is a lovely friends where i can talk about anything without judging my sense of value.. (if you know what I'm talking about)

Do you think, to fall in love need a strong reason to fall in love? It just don't make any sense to me.. Well i guess I'll just wait my princess fall down from the sky.. lol..

for those who care to read it thanks.. i really appreciate it, though it kinda embarrassing thing to talk about.

p|s: most of the time if I have some "love" things, i write a song about it, although it is "scuk" it does make me felt better..

June 10, 2010

NEW RECIPE - FRIENDSHIP CAKE

FRIENDSHIP CAKE

Ingredient:
1 c. greetings
1/2 c. smiles
1 lg. hug
2/3 c. love
1 tsp. sympathy
2 c. Hospitality

Steps:
Cream greeting and smiles thoroughly. Add hugs separately. Slowly stir in love. Sift sympathy and hospitality and fold in carefully. Bake in warm heart. Serve often.


|picture by vonzilla|

WOHOO!! WEKILLEASY FEATURE IN JUNK MAGAZINE


|WEKILLEASY|

Okay cerita dia macam nie, tak berapa lama yang mana aku pun dah lupa tarikhnya aku ternampak satu perenggan ayat yang bertulis "Got crazy hands and can't stop doodling? Love to draw or sketch? Send your random art to editor@junkonline.net and get featured in JUNK!" dalam Junk Magazine. Jadi dengan tak malunya aku hantar 5 design. 3 macam dalam gambar 2 lagi design tribute to Yunalis dan tribute to Zee Avi. Pada mulanya ku tak terfikir akan dipilih untuk di feature dalam majalah berbahasa inggeris itu. Kalau ditanya ada ke tak aku semak sama ada artwork aku dipilih ke tak? aku adalah check tapi tak lah tinggi mana harapan tu. Lepastu aku terlepas satu isu iaitu isu 44 bulan May. (Kings Of Convenience Cover Page). Aku nak berterima kasih ngan individu bernama ANEN yang memaklumkan bahawa artwork aku ada dalam Junk Magazine. Mulanya aku tak percaya, yalah mana mungkin artwork yang tak seberapa tu akan kena pilih. cari punya cari kat kedai buku tak jumpa Junk Magazine. Kecewa juga masa tu, celaka kedai buku nie, serba tak ada. Aku cubalah kedai lain, nasib aku baik ada Isu 45 (Yuna Cover) telek punya telek takda. Aku tanya taukey kedai buku tu ada lagi ke isu sebelum nie. Dengan selamba dia kata "cari sendiri", dalam hati memang menyumpah tapi aku tetapkan pencarian. Jumpa isu 44 aku selak satu persatu muka surat majalah tu takut-takut terlepas pandang. Sampai ke muka surat 22 ada satu artwork dari Libra Loh, masa tu hampa sesangat sebab dalam setiap isu Junk Magazine hanya satu artwork akan di pilih, aku pun selak lah lagi. Dengan perasan yang tersangat excited dan tak terkata dek ayat aku keluarkan dompet yang panjangnya lebih kurang sama panjang tapak kaki aku, ku beli terus majalah itu. Sebabnya seperti yang korang tengok dalam gambar tu.

Aku juga nak berterima kasih dengan JUNK MAGAZINE sebab dah pilih artwork aku yang tak seberapa tu. Aku janji akan berusaha dengan lebih gigih, tekun dan takkan cincai dalam setiap artwork aku pada masa yang akan datang demi menjaga nama baik JUNK MAGAZINE dan WEKILLEASY.

Untuk pengetahuan korang aku bukanlah pelajar jurusan yang kerjanya men-design, jadi pengiktirafan yang sebegini adalah pencapaian yang terbaik setakat ini dan semoga berterusan.

Sekian Terima Kasih,
Gilbert Millioaniire
[WEKILLEASY]

June 7, 2010

Update..

Just back from Sibu and Sri Aman "tour".. lots of things happen, pretty exciting though. I just realize i had lots of little cousin and i really love kids.. can't wait to be a father which will take a few year before i ready to become one, to much responsibility and commitment.. yet I'm not ready plus who would like to be my wife? Okay enough with all wife husband topic.. I'll post everything as soon as possible.. until then take care!

May 20, 2010

Gilbert with Mr. Raymond Goh


|From right to left: Mr. Raymond Goh and Me|


I've been try to digging some information about him but it seem no body have enough information about him, so if there anybody know anything about Mr. Raymond Goh please and please share with me. My Idol.

May 10, 2010

I want to be a leader..

I want to be a leader someday, I'm much prefer if I'm the one who will gives order rather than receiving order. The problems is i have no experience of being a leader. A true leader with followers. Currently i read this book titled "100 Ways to Motivate Others - How Great Leaders Can Produce Insane Results Without Driving People Crazy" Haven't finish reading it yet but still working on it.


|click picture for more information about the book|

Author: Steve Shandler

April 22, 2010

LOUD AND DIAMNOD


|LOUD AND DIAMOND|

p|s: if i have a band i'll call it LOUD AND DIAMOND.. its loud and shine and everyone love it..

April 17, 2010

Blue Dory

|dory bleu|


Dulu aku pernah tinggal kat kawasan setinggan yang dekat-dekat dengan sungai, Sungai Lutong nama sungai tu terletak di Miri, Sarawak. Tempat yang banyak mengajar aku erti kawan dan adventure. Pernah sekali aku dan sorang kawan aku nie ambil besen yang besar, masa tu air sungai tengah pasang. Tanpa segan silunya bersampan dengan besen, masa tu masih kecil lagi sekolah rendah. Lepastu kita kumpul geramak (sejenis ketam yang kecil tak boleh makan sebab kotor) sampai kena sepit tapi yang herannya lepas kita kumpul kita buang balik... ?pelik. Yalahkan budak-budak tahap pemikiran panda. Bagi aku semenjak aku pindah ke kawasan perumahan nie hidup dia kurenglah.. takda lumpur orangnya tak semesra yang tinggal kawasan setinggan. Kalau dulu kita dapat ingat semua yang tinggal sekeliling kita, sekarang dah lain diaorang pandang kita semacam ja tapi tak semualah yang macam tu tambahan emak aku sangat peramah. Aku ada satu impian untuk ada satu bot sendiri tak pun kapal bukan yang besar macam Titanic tu sedang-sedang ja cukup-cukup dapat buat dinner dengan bini.

March 20, 2010

Woman + Career = Sexy!

I found out that, I easily attracted to a woman that got career because I think it sexy... Maybe it sounds silly or ridiculous but that just me. Can’t wait to have my sexy lady! Hehheh..

March 14, 2010

Happy Birthday Gilbert John Joan

even though it's late as usual.. actually i born on 10 March 1989 which mean I'm 21.. nothing matter but somehow i grateful cause born as a human and with perfect condition (perhaps).. i wonder i there somebody or anybody care but seem only a few that sincerely do.. when i say a few it really few.. well ain't always a we wish we could be (i don't even know what this is spouse to mean)..

I'm 21 and deep inside me i keep on thinking what other 21 years old guy do with their life.. My life pretty boring.. i want to be surrounded by people that always thinking, knowing thing not just sit and talk bullshit.. I want to be part of something meaningful that i could recall back and share with my grandchild.. I want to meet lots of people.. I want to meet someone that almost like me.. Someone who think like me, someone who act like me, someone who look like me.. (maybe not this one, lucky i don't have twin.. its not a bad thing thoe..)

My HnD course will took 2 1/2 year until graduation.. then what degree perhaps but where am i going to be.. Germany? United Kingdom? okay maybe this is to big to achieve.. let say Miri.. huh.. I'm born in Miri, study in Miri, work in Miri and probably dead in Miri.. and I'm very sure i don't want that to happen to me.. Gilbert you are 21 and you need to think were are you gonna go..

Do i have a friends? Just because you know someone doesn't make they a friend.. because "the older you get, the more you'll realize some people should be around your entire life and others just make an appearance" from Greek (TV Series Season 3 Ep 16)..

I am a kind of guy who hate to being alone but instead of hanging with other people i kept myself in the refrigerator.. How pathetic don't you think?

Happy Birthday Gilbert John Joan!

March 13, 2010

where is it?

i don't remember where i got this picture but one thing that i'm sure is it.. I want to look like this someday.. a sophisticated kinda guy..

JAY by WEKILLEASY

1st guy sketch other than myself.. it very hard to find a designer who regularly used male as their subject.. maybe i'm havn't found one yet.. well lets digging..