WEKILLEASY CLOTHING




My clothing label base in Miri, Sarawak (Borneo). Establish since 2010. Really appreciate it if you guy like our page, support us ya'll. All design currently made & illustrate by me, Gilbert Juan.
Showing posts with label Achievement. Show all posts
Showing posts with label Achievement. Show all posts

December 25, 2011

I Win RM 1000: REKATEE x RC SMART Design Competition


-
Lihat pemenang tempat ke-2 dan ke-3 : Here

Mula-mula aku semak senarai pemenang hati aku dah berdebar-debar. Ada 3 pemenang tempat ketiga, 1 untuk pemenang kedua, dan 1 untuk pertama. Masa itu line connection aku slow sangat jadi aku ingat tiga artwork tu saja yang menang, aku rasa sangat hampa. Aku refresh balik untuk memastikan fakta aku betul ke tak. Bila aku scroll down aku tersentak bila dapat tahu yang artwork aku mendapat tempat pertama dan bukan itu saya aku dapat RM 1000. Gile-gile!

Ini merupakan salah satu artwork yang aku paling suka bukan kerna menang RM 1000 tapi sebab dia berikan aku satu perasaan yang mana aku perlu hasilkan artwork yang berbaloi untuk dihargai dan adakah ia layak untuk diberi ganjaran. Aku cuba meletakkan diri aku pada tempat penganjur iaitu RC Smart. Apa yang mereka inginkan dan adakah ia berbaloi untuk menerima ganjaran. Pada aku ia bukan menjurus kepada wang akan tetapi penerimaan hasil seni itu sendiri. Aku sering bertanya adakah ia akan diterima dan dihargai. Kerana dalam apa juga yang kita lakukan, kita sememangnya mahu dihargai.

Apa-apapun tahniah juga kepada Melongray, Yman Siew, Rahimie Rashid & Farlism.

Akhir kata, aku sangat gembira dan aku berharap tahun 2012 akan memberikan lebih banyak berita gembira. Sekian terima kasih.

Interview aku bersama dengan RekaTee, jangan lupa pergi baca Designer Interview: Gilbert Juan

June 10, 2010

WOHOO!! WEKILLEASY FEATURE IN JUNK MAGAZINE


|WEKILLEASY|

Okay cerita dia macam nie, tak berapa lama yang mana aku pun dah lupa tarikhnya aku ternampak satu perenggan ayat yang bertulis "Got crazy hands and can't stop doodling? Love to draw or sketch? Send your random art to editor@junkonline.net and get featured in JUNK!" dalam Junk Magazine. Jadi dengan tak malunya aku hantar 5 design. 3 macam dalam gambar 2 lagi design tribute to Yunalis dan tribute to Zee Avi. Pada mulanya ku tak terfikir akan dipilih untuk di feature dalam majalah berbahasa inggeris itu. Kalau ditanya ada ke tak aku semak sama ada artwork aku dipilih ke tak? aku adalah check tapi tak lah tinggi mana harapan tu. Lepastu aku terlepas satu isu iaitu isu 44 bulan May. (Kings Of Convenience Cover Page). Aku nak berterima kasih ngan individu bernama ANEN yang memaklumkan bahawa artwork aku ada dalam Junk Magazine. Mulanya aku tak percaya, yalah mana mungkin artwork yang tak seberapa tu akan kena pilih. cari punya cari kat kedai buku tak jumpa Junk Magazine. Kecewa juga masa tu, celaka kedai buku nie, serba tak ada. Aku cubalah kedai lain, nasib aku baik ada Isu 45 (Yuna Cover) telek punya telek takda. Aku tanya taukey kedai buku tu ada lagi ke isu sebelum nie. Dengan selamba dia kata "cari sendiri", dalam hati memang menyumpah tapi aku tetapkan pencarian. Jumpa isu 44 aku selak satu persatu muka surat majalah tu takut-takut terlepas pandang. Sampai ke muka surat 22 ada satu artwork dari Libra Loh, masa tu hampa sesangat sebab dalam setiap isu Junk Magazine hanya satu artwork akan di pilih, aku pun selak lah lagi. Dengan perasan yang tersangat excited dan tak terkata dek ayat aku keluarkan dompet yang panjangnya lebih kurang sama panjang tapak kaki aku, ku beli terus majalah itu. Sebabnya seperti yang korang tengok dalam gambar tu.

Aku juga nak berterima kasih dengan JUNK MAGAZINE sebab dah pilih artwork aku yang tak seberapa tu. Aku janji akan berusaha dengan lebih gigih, tekun dan takkan cincai dalam setiap artwork aku pada masa yang akan datang demi menjaga nama baik JUNK MAGAZINE dan WEKILLEASY.

Untuk pengetahuan korang aku bukanlah pelajar jurusan yang kerjanya men-design, jadi pengiktirafan yang sebegini adalah pencapaian yang terbaik setakat ini dan semoga berterusan.

Sekian Terima Kasih,
Gilbert Millioaniire
[WEKILLEASY]