WEKILLEASY CLOTHING




My clothing label base in Miri, Sarawak (Borneo). Establish since 2010. Really appreciate it if you guy like our page, support us ya'll. All design currently made & illustrate by me, Gilbert Juan.
Showing posts with label RekaTee. Show all posts
Showing posts with label RekaTee. Show all posts

December 29, 2011

RekaTee Interview x Gilbert Juan


-
Q: Can you tell us a little about yourself?

A: I am a humble guy who is living in Miri, Sarawak. Currently I am taking HND in Electrical and Electronic Engineering at the ICATS. All this while I self-learn by obeserving the art of others. Now, I am managing my own clothing label at a small scale, established in 2010, which I name it WKEC or We Kill Easy Clothing.

Read the rest of the interview here

-
Secara jujurnya gambar diatas merupakan yang paling sopan yang aku ada. Aku bukan jenis individu yang suka diambil gambar. Aku rasa tak selesa berdepan dengan kamera dan ia bukan kerana aku tak yakin akan penampilan aku. Percayalah aku diantara individu yang punyai keyakinan yang tinggi. Okay taklah tinggi sangat. Aku suka buat pembentangan kerana aku suka bila semua orang memandang kearah aku bila aku berkata-kata. Pengajarannya ialah isi dada engkau dengan ilmu supaya orang kagum dengan kebijaksanaanmu.

Akhir kata, bila engkau suka melakukan sesuatu dan engkau hebat melakukannya, teruskan kerana engkau mungkin menjadi tiang inspirasi kepada orang lain. Baca interview aku ya.

December 25, 2011

I Win RM 1000: REKATEE x RC SMART Design Competition


-
Lihat pemenang tempat ke-2 dan ke-3 : Here

Mula-mula aku semak senarai pemenang hati aku dah berdebar-debar. Ada 3 pemenang tempat ketiga, 1 untuk pemenang kedua, dan 1 untuk pertama. Masa itu line connection aku slow sangat jadi aku ingat tiga artwork tu saja yang menang, aku rasa sangat hampa. Aku refresh balik untuk memastikan fakta aku betul ke tak. Bila aku scroll down aku tersentak bila dapat tahu yang artwork aku mendapat tempat pertama dan bukan itu saya aku dapat RM 1000. Gile-gile!

Ini merupakan salah satu artwork yang aku paling suka bukan kerna menang RM 1000 tapi sebab dia berikan aku satu perasaan yang mana aku perlu hasilkan artwork yang berbaloi untuk dihargai dan adakah ia layak untuk diberi ganjaran. Aku cuba meletakkan diri aku pada tempat penganjur iaitu RC Smart. Apa yang mereka inginkan dan adakah ia berbaloi untuk menerima ganjaran. Pada aku ia bukan menjurus kepada wang akan tetapi penerimaan hasil seni itu sendiri. Aku sering bertanya adakah ia akan diterima dan dihargai. Kerana dalam apa juga yang kita lakukan, kita sememangnya mahu dihargai.

Apa-apapun tahniah juga kepada Melongray, Yman Siew, Rahimie Rashid & Farlism.

Akhir kata, aku sangat gembira dan aku berharap tahun 2012 akan memberikan lebih banyak berita gembira. Sekian terima kasih.

Interview aku bersama dengan RekaTee, jangan lupa pergi baca Designer Interview: Gilbert Juan

December 30, 2010

REKATEE SUBMISSION

Beberapa hari yang lalu aku ditemukan dengan salah satu laman web yang menarik. Sekali pandang seakan-akan Threadless, dua kali pandang seakan-akan Emptees. Laman yang aku maksudkan adalah REKATEE. Laman yang mana designer atau illustrator menghantar design-design mereka untuk di undi dan sekirannya bernasib baik baju itu akan di cetak. Ganjaran RM 300 akan diberikan kepada yang berjaya. Jadi doakan agar aku berjaya.. hehehe walau bagaimanapun aku tidaklah mengharap sangat nak dapat ganjaran tapi kalau dah nasib badan apa salahnya ye tak. Sebabnya pada masa yang sama aku dapat memperbaiki kemahiran aku dan mendengar serba sedikit pandangan designer lain yang pada pandangan aku kebanyakannya dari Malaysia.

Jadi kalau ada kelapangan dan kesudian undilah ya.. Aku nak ambik kesempatan ni nak mengucapkan TAHNIAH kepada pasukan Malaysia yang telah memenangi Piala Suzuki. Kalau aku ada duit nanti, aku pegi beli baju jersi Malaysia.


MUNSTER
//Klik gambar untuk bantu undi//

Selalu kita dengar istilah manusia pertopengkan haiwan.. mungkin ini yang cuba aku sampaikan tetapi munster(nama haiwan tu) terlalu comel untuk dikategorikan sebagai haiwan buas. Pada awalnya aku ingin meletakkan satu shout box yang berbunyi "I'm a vegetarian". Disebabkan aku nak menghasilkan sesuatu yang mudah dan kemas jadi niat aku dibatalkan.

Apa yang aku ingin katakan adalah tidak wajar membandingkan haiwan dengan manusia.. kerana adalah lumrah haiwan untuk membunuh mangsanya sebab dia nak makan. Kalau dia tak makan nanti dia kebulur. Ini adalah artwork pertama aku yang seakannya dan banyak lagi pada masa yang akan datang.

FREEDOM IS THE OXYGEN OF SOUL
//Klik gambar untuk bantu undi//

Artwork ni adalah merupakan satu penghormatan kepada tentera, polis dan seangkatan dengannya. Dipendekkan cerita kebanyakan ahli keluarga bapa saudara aku sebelah bapa adalah askar (Abang bapa aku, anak dia, menantu dia) kebanyakannya adalah askar. Bagi orang-orang tua dahulu bekerja sebagai askar adalah merupakan suatu pekerjan yang dianggap mulia. Yalah mana taknya merekalah yang menjaga keselamatan negara tercinta ini. Tambahan lagi dia ada duit pencen jadi selepas bersara mereka dapat balik semula ke kampung dan menggunakan duit pencen untuk dijadikan sebagai modal untuk mengerjakan ladang. Uish kalau nak aku cerita memang panjang jadi aku habis disini dulu.


//Laman web rasmi REKATEE//

Jadi buat yang benar-benar membaca blog aku ni komen lah ye..