WEKILLEASY CLOTHING




My clothing label base in Miri, Sarawak (Borneo). Establish since 2010. Really appreciate it if you guy like our page, support us ya'll. All design currently made & illustrate by me, Gilbert Juan.
Showing posts with label Aku Dan Cetak Baju The Series. Show all posts
Showing posts with label Aku Dan Cetak Baju The Series. Show all posts

December 9, 2010

188

Genap seminggu yang lalu Azah SkaliSkala ada beri satu anugerah Nice Blog kalau tak silap aku.. Aku nak minta maaf ngan Azah sebab lambat nak tulis entri pasal anugerah tu. Aku sibuk sesangat bulan lepas. 1 Disember 2010 yang lalu aku dapat keputusan pengajian aku. Secara rawaknya aku mendapat keputusan yang agak bagus tapi tak memuaskan.. ada dua subject "refer". dengan CGPA kurang dari 3. Alahai bilalah nak dapat 3.

Bulan lepas aku sibuk dengan Project Skimtrooperz. Dalam masa yang sama aku buat experiment dalam hobi baru aku iaitu cetak-mencetak baju.


Yang ni experiment pertama aku yang melibatkan saiz A2. Ada masalah sikit masa dalam proses pembikinan block tapi tak mengapa setiap kesilapan ada ruang untuk memperbaikinya.

November 25, 2010

Bila Yello and Green Bercouple


//bila yellow and green bercouple//

p|s: sori aku sikda kamera nok mahal-mahal pakey mok ambik gambar.. 2Mpx.

Okay. Design towk lamak dah siap, sebelum aku tauk apa skimboard dan kenal siapa itu skimtrooperz. Jadi kenak aku sanggup berik ngan sidak nya? Sebabnya sangat mudah, yang pertama ada seorang skimtrooperz namanya Ejal. Walaupun aku agik baru dalam dunia cetak-mencetak baju tapinya masih yakin aku dapat hold the responsibility untuk jadi pencetak sidaknya(mereka).

Yang Kedua, ya pun disebabkan ahli skimtrooperz dan namanya Ken. Ken adalah merupakan orang pertama yang sanggup mengeluarkan duit beratus-ratus ringgit untuk mencetak baju dari aku. Bukan senang kita mok mengeluarkan duit sebanyak ya ngan orang nok kita sik kenal apatah lagi mun nya agik baru.

Jadi mun ada jwak nok tanyak apa kena-mengena skimtrooperz ngan design towk.. jawapan nya TIDAK ADA sebab asalnya design towk untuk WEKILLEASY. Tapi dalam banyak-banyak design aku nok aku dah buat, kenak aku pilih nok towk?

Sebabnya, dalam design towk ada ukiran nok melambangkan adanya element Sarawak, jerung aku kaitkan dengan laut, dan bunga ya untuk meneutralkan keganasan jerung ya. Dan dibawah ya sebab kenak Ejal suka design towk.



------------------------------------------------------------------
//dari Ejal//

1 - design ya bagi aku..sik lame and nya narit perhatian..

2 - bila dilipat..kedak dlm gambar ya..nya akan jadi something like skimboard..

3 - ada ukiran2 ala2 sarawak cuz we should be proud to be sarawakian..

4 - shark ya element laut..n keberanian, sebab skimboarding dikategorikan dlm extreme sport..plus shark..mun jumpa mangsa nya..yang kita tauk..nya sikda merik chan..so..kita..full throttle..sikda merik chan ngan org lain..semangat macam shark..

5 - bunga ros 2 igek debah shark..kenak? sebab ros melambangkan love, and passion..2 bunga menandakan loving each other..means kita love doing what we're doing..n that's skimboarding..and kita passionate about it..

------------------------------------------------------------------

Sigek gik bukan aku suruh kitak orang bayar pun harga design ya. Orang dah mok berik sebagai hadiah pun sik(tak) maok(nak). Aku bukan orang nok hipokrit, mun kitak orang rasa kitak orang boleh polah bagus gik, aku dengan terbuka hati mok melihat design takorang. Aku sik kesah mun ada nok sik maok pakey design towk, tapi mun ada macam Ejal ngan Ken.. dengan berbesar hari aku cetakkan. Ko agak kedai cina pun belom tentu kitak orang dapat keistimewaan nok aku beri ngan kitak orang, BERSYUKURLAH sikit. Apa-apapun aku bukan ahli skimtrooperz, jadi keputusan ditangan kitak orang. Kerja aku mencetak, jadi diminta jangan ada skimtrooperz nganok(marah) disebabkan design towk.

Penyelesaiannya senang, skimtrooperz nok maok(nak) cetak design towk padah ngan Ken atau Ejal. Dan bagi nok sik(tak) maok, aku pun sik tauk gney(macam mana) maok tolong.

Sigek(satu) gik(lagi) sebenarnya Ejal maok tangga(lihat) gney rupa baju ni bila diprint atas baju bewarna, ya sebabnya rupa nya macam ni. Apa-apapun terima kasih ngan Ejal dan Ken sebab kepercayaan kitak orang dua ngan aku. Aku sikkan hampakan kitak orang dua.

Sebelum aku habiskan entri ni aku nak tinggalkan kitak orang dengan sigek quotes:


:Criticism:

“It is not the critic who counts; not the man who points out how the strong man stumbles, or where the doer of deeds could have done them better. The credit belongs to the man who is actually in the arena, whose face is marred by dust and sweat and blood, who strives valiantly; who errs and comes short again and again; because there is not effort without error and shortcomings; but who does actually strive to do the deed; who knows the great enthusiasm, the great devotion, who spends himself in a worthy cause, who at the best knows in the end the triumph of high achievement and who at the worst, if he fails, at least he fails while daring greatly. So that his place shall never be with those cold and timid souls who know neither victory nor defeat.” by Theodore Roosevelt


November 22, 2010

Just Another Experiment

Ralph Waldo Emerson once says "All life is an experiment. The more experiments you make the better ". I love experiment, mostly in my relationships. The more experiment you and your partner does, the better both of you know each other. Same as in friendships, if you want to know, what your friends will do when you needed them most, all you need to do is experiment them. It doesn’t mean that you don’t trust them, it just you want to know who people around you are.

The more you try, the more knowledge you’ll get.


//unofficial skimtrooperz t-shirt design made by Gilbert Juan//


Gabungan 4 warna: merah + hitam + biru + kuning = skimtrooperz

Aku sengaja letak 4 warna sebab nak cuba warna cat yang aku gunakan. Emak aku kata "kenapa tak buat satu-satu" maksudnya emak aku cadangkan aku buat satu warna di atas satu baju, tapi bagi aku itu membazir baju. Jadi aku teruskan dengan experiment aku ni. Satu lagi objective aku adalah untuk periksa block aku tu takut-takut ada bocor. Sebab sebelum ini aku gunakan berus gigi untuk bersihkan block lepas proses memasak. Sebab masa tu aku takda duit nak beli spray air. Aku ada beli satu hari tu, bila dah pakai aku nyesal tak beli awal-awal. aku sangat berpuas hati dengan hasil block yang aku hasilkan. Semua detail yang aku mahukan ada, tanpa ada yang tertinggal. Okay, sampai disini. Kalau ada yang nak cetak baju tu jangan malu tanya aku ya.


August 8, 2010

Aku Belajar Printing Baju Bhgn 1

Alkisah bermula begini, ada satu hari yang mana setahun yang sudah aku terjumpa satu laman sesawang yang ada memberikan tunjuk ajar macam mana nak buat t-shirt pembetulan printing t-shirt. AZMIETSHIRT nama web tu. Aku pendekkan cerita nie bukan ada yang nak baca pun, jadi aku ambil keputusan tuk menabung pakai beli tiket kapal terbang nanti. Lama gak aku menabung, kadang-kadang bila tengok orang makan yang sedap-sedap aku terpaksa ikat perut. Nasib aku baik sebab tempat pengajian aku tu tak lah jauh mana, jadi boleh pegi balik makan tengah hari.

Dalam aku menabung tu aku adalah jumpa satu skim buat duit, namanya Aleacorp. Nak jadi ahli kena bayar RM 30 atau RM 150. Dah dasar manusia memang tamak aku pilihlah yang RM 150 tu. Kalau nak dapat duit cara nie mesti pandai berkata-kata dan usaha. Disebabkan aku taknak menipu cakap boleh buat duit banyak tanpa usaha jadi aku buat keputusan untuk tak teruskan. Lesaplah RM 150 aku tu. Tapi niat aku untuk belajar cetak baju tak pernah padam, macam arang, api dia kecil tapi boleh memasakkan daging.

Aku kumpul sampai RM 600. RM 400 untuk tiket dan RM 200 untuk yuran belajar. Bayangkan nak bawa RM 600 tu ke ibu kota. Nak mampus! Kurang-kurang pun seribu tu pun belum tentu cukup. Jadi aku minta kat mak aku minta modal RM 500 tapi dia bagi RM 600. Dah Rm 1200. Masa kat airport ayah aku lak bagi RM 300. Jumlah keseluruhan RM 1500.

Bebalik kepada cerita masa aku beli tiket kapal terbang. Masa aku nak beli tiket banyak sangat masalah. Disebabkan kalau beli tiket online lagi murah aku pun buat keputusan nak buat satu maybank visa kad. Nanti senang nak beli tiket. Masa aku nak buat kad, aku punya kad pengenalan tak dapat nak dibaca. Terpaksalah buat kad pengenalan baru. Nak buat kad pengenalan bukan sekejap, aku terpaksa tunggu sebulan. Tertangguh lak sebulan niat mulia aku nie nak printing baju. Siap je aku punya kad pengenalan aku terus ke bank maybank nak buat kad. Masa tu aku masih simpan duit kat celah-celah buku. Malas lah nak buat tabung dari buluh, leceh.

Nak dapat persetujuan dari mak dan bapak aku susah sangat sebab mana ada ibu & bapa nak bagi anak diaorang pegi ke tempat yang diaorang tak pernah pergi. Nie kan nak pegi sorang-sorang. Ibu kota pulak tu. Cukup duit RM 600 aku cuba booking online sendiri. Nasib aku memang malang sebab kad aku tu tak boleh pakai beli tiket kapal terbang online. Masa tu aku memang rasa celaka sesangat. Aku mintak lah tolong kawan aku ADAM GAU. Satu benda yang aku sakit hati sangat dia macam ambil kesah tak kesah ja. Tiga hari aku tunggu dia beli tiket, tak beli-beli. Malas nak tunggu aku suruh lah pensyarah aku Puan Ida tu pun kebetulan sebab masa tu aku nak suruh pensyarah lain. Bila nak booking je komputer ada masalah. Takdapat nak beli online. Apalah malang sangat nasib aku. Terpaksalah aku minta tolong Adam sekali lagi dengan muka yang tersangat lah tebal macam kamus dewan.

Masa beli tiket dari Miri ke KL takda masalah. Tapi bila nak beli dari KL ke Miri tetiba kad penuh, tak dapat nak beli lagi. Aku tak tau macam mana nak bayangkan perasaan aku masa tu. Kalau aku nak terus menetap kat sana tak pa lah juga. Tapi Adam nie bijak orangnya, dia mintak kad satu lagi dari ayah dia. Syukur semua okay.

Baiklah aku berenti kat sini, lain kali aku sambung lagi. Satu lagi ada kawan aku tanya kenapa kau kadang-kadang pakai bahasa melayu, kadang-kadang pakai english. Aku tulis dalam bahasa omputeh sebab nak praktis writing skill aku. Kalau salah satu dua tu takda yang nak memaki. Kalau ada pun aku peduli aku, aku punya blog sukati aku lah nak cakap bahasa apa. Nie yang aku cakap dalam bahasa melayu sebab lebih senang. Nanti kalau tulis dalam bahasa english tapi berterabur apa guna. ye tak.

Apa-apapun cerita nie nanti sangat panjang dan ada banyak benda yang menarik sepanjang perjalanan aku ke sana. Sebelum abis aku nak ucapkan berjuta-juta terima kasih kepada Mak & Ayah aku sebab kalau tanpa diaorang benda nie takkan jadi. Terima kaish Adam Gau sebab tolong beli tiket, aku tak perlukan banyak kawan asalkan aku ada sorang yang macam kau. Lepastu Abang Azmie & Kak Umie sekeluarga sebab banyak tolong aku masa kat KL, jasa abg & kak mie takkan saya lupa. Dan semua yang merealisasikan impian saya setakat ini. Perjalanan saya masih jauh lagi, masih banyak yang belum tercapai, semoga kita berjaya.