WEKILLEASY CLOTHING




My clothing label base in Miri, Sarawak (Borneo). Establish since 2010. Really appreciate it if you guy like our page, support us ya'll. All design currently made & illustrate by me, Gilbert Juan.
Showing posts with label Design. Show all posts
Showing posts with label Design. Show all posts

January 3, 2012

Karya Sulung Untuk Tahun 2012

Pada 4hb nanti aku akan berpindah ke ICATS Kuching selama dua bulan untuk semester pendek. Ada 3 subjek yang dipendekkan iaitu Instrumentation & Control Principles, Microprocessor Systems dan Engineering System. Harap-harap ada pengiraan taklah susah sangat nak menghafal. Apa-apapun doakan agar aku sampai dengan selamat. Selamat Tahun Baru buat kamu yang membaca. Semoga tahun ni menjadi tahun yang lebih baik dari tahun yang sudah.

Gambar anak sepupu aku merangkap anak buah. Sepupu aku ada mintak aku buatkan design untuk di buat baju. Inilah hasilnya. Ok tak? Boleh tahan jugak nak hasilkannya, sebab aku tak berapa pandai dalam penghasilan potret. Keseluruhannya aku berpuas hati dengan hasil akhir karya ini.

Ini karya baru buat label aku WKEC. Sedikit berbeza dari karya-karya yang sebelumnya kerana pada karya ini aku cuba untuk bermain dengan bentuk. Pada gelung itu aku tuliskan ayat yang berbunyi "Don't forget your roots my friends" dan "Don't forget your family my friends". Karya ini belum lagi aku muat naik pada page aku sebab beri keutamaan pada blog ni dulu.

Karya ini mungkin sudah aku muat naik pada blog ini pada entri yang lepas, bezanya hanyalah pada bahagian belakang yang aku tukar kerana aku kurang berpuas hati dengan karya sebelumnya yang agak kosong. Blog karya ini telah berjaya aku hasilkan selepas beberapa 6 kali percubaan. Namun dalam proses itu aku belajar banyak kesilapan yang selama ini aku terlepas pandang. Hasilnya sangat memuaskan, tak sabar rasanya untuk berkongsi dengan rakan-rakan sekalian.

Aku ada membuat promosi RM 10 untuk mencetak karya ini pada bulan Disember lepas. Sambutannya sangat mengalakkan dan aku mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang menyokong aku. Aku memintak mereka membawa baju kosong mereka sendiri dah hanya membayar RM 10 sahaja untuk cetakan. Bahkan ada yang sanggup membeli baju kosong sendiri semata-mata untuk promosi itu. Aku amat gembira bila mereka berpuas hati dengan hasilnya.

Semua karya diatas hanya akan dicetak sebaik sahaja aku balik dari Kuching selama dua bulan.

December 4, 2011

FLYING ACE

|FLYING ACE|

Design ini aku hasilkan selepas design RC SMART - FLYING HIGH (PILOT) untuk satu pertandingan design baju anjuran RekaTee. Sepertinya design-design yang lain aku akan membuat kajian samada dari segi ketepatan image dan fakta. Ini kerana setiap design aku tujukan khas kepada setiap individu yang punyai "passion" akan subjek tersebut.

Selain itu design ini juga dihasilkan dalam tempoh masa aku sibuk dengan projek akhir semester aku yang akan dibentangkan pada 6hb 12 2011 nanti. Tajuk Flying Ace diambil untuk memberi keunikan pada maknanya sendiri yang mana ia merupakan satu pingat yang diberikan kepada pejuang pilot tentera yang berjaya menembak kapal pejuang musuh.

Pada asalnya aku ingin menamakan ia sebagai Kamikaze kerana aku kagum dengan semangat patriotik mereka yang berani mati untuk negara mereka. Aku punyai minat akan info yang berkaitan dengan perang dunia dan strategi perperangan. Bukan aku bermaksud aku suka akan perperangan, tapi lebih kepada strategi perperangan itu sendiri yang mana ia sangat menarik dan bagaimana satu strategi yang bagus dapat membawa kepada kemenangan.

Walau bagaimanapun rajinkan membaca buku atau info-info yang berfaedah daripada duduk depan facebook menunggu dan membaca status orang lain.

|RC SMART - FLYING HIGH (PILOT)|
Kalau tak keberatan silalah bantu aku dengan mengundi di sini: http://www.rekatee.com/design/submission/1837-RC-SMART--FLYING-HIGH-PILOT/ dah yang seronoknya kini dapat login dengan menggunakan akaun facebook. Vote "I Love It!" ya.

January 12, 2011

WeKillEasy Clothing Company


Aku nak hasilkan satu logo atau trademark yang orang senang nak ingat dan mudah dihadam. Melalui pemerhatian aku, selalunya orang akan menghadapi masalah untuk memahami apa itu WEKILLEASY. Ini disebabkan WEKILLEASY adalah gabungan WE KILL EASY, jadi untuk memudahkan mesej itu disampaikan aku mengambil keputusan untuk menjarakkan sedikit pada artwork ini. Tambahan ada satu kes yang mana logo aku yang sebelumnya sedikit menyerupai logo satu syarikat orang kawin yang ada di Miri. Jadi untuk tidak menimbulkan kekeliruan aku mencuba untuk memperbaharui logo aku. Skemanya..

Kalau ada yang berkata untuk menghasilkan satu artwork typography adalah satu perkara yang mudah aku sangat tidak bersetuju. Pada pendapat aku typography merupakan antara salah satu seni digital yang sangat sukar untuk dilakukan. Yaa.. memang benar semua orang dapat menghasilkan seni typography namun berapa ramai yang mampu menghasilkan satu seni yang sangat cantik. Yang mampu membuatkan kita berhenti sejenak dan berfikir "bagaimana mungkin dia mampu menghasilkan sesuatu seperti ini"..

Aku bukanlah seorang individu yang mempunyai daya imaginasi yang cukup hebat jadi setiap kali aku terpandang akan hasil tangan orang lain aku akan mula berfikir apa yang cuba disampaikan oleh si pencipta. Aku mungkin mampu menghasilkan apa yang dihasilkannya tetapi persoalannya adakah aku mampu berfikir seperti mana dia berfikir.

//design bahagian belakan untk baju t-shirt Miri Battalion Mosher//

//logo pada bahagian depan//

Sekian.

December 30, 2010

REKATEE SUBMISSION

Beberapa hari yang lalu aku ditemukan dengan salah satu laman web yang menarik. Sekali pandang seakan-akan Threadless, dua kali pandang seakan-akan Emptees. Laman yang aku maksudkan adalah REKATEE. Laman yang mana designer atau illustrator menghantar design-design mereka untuk di undi dan sekirannya bernasib baik baju itu akan di cetak. Ganjaran RM 300 akan diberikan kepada yang berjaya. Jadi doakan agar aku berjaya.. hehehe walau bagaimanapun aku tidaklah mengharap sangat nak dapat ganjaran tapi kalau dah nasib badan apa salahnya ye tak. Sebabnya pada masa yang sama aku dapat memperbaiki kemahiran aku dan mendengar serba sedikit pandangan designer lain yang pada pandangan aku kebanyakannya dari Malaysia.

Jadi kalau ada kelapangan dan kesudian undilah ya.. Aku nak ambik kesempatan ni nak mengucapkan TAHNIAH kepada pasukan Malaysia yang telah memenangi Piala Suzuki. Kalau aku ada duit nanti, aku pegi beli baju jersi Malaysia.


MUNSTER
//Klik gambar untuk bantu undi//

Selalu kita dengar istilah manusia pertopengkan haiwan.. mungkin ini yang cuba aku sampaikan tetapi munster(nama haiwan tu) terlalu comel untuk dikategorikan sebagai haiwan buas. Pada awalnya aku ingin meletakkan satu shout box yang berbunyi "I'm a vegetarian". Disebabkan aku nak menghasilkan sesuatu yang mudah dan kemas jadi niat aku dibatalkan.

Apa yang aku ingin katakan adalah tidak wajar membandingkan haiwan dengan manusia.. kerana adalah lumrah haiwan untuk membunuh mangsanya sebab dia nak makan. Kalau dia tak makan nanti dia kebulur. Ini adalah artwork pertama aku yang seakannya dan banyak lagi pada masa yang akan datang.

FREEDOM IS THE OXYGEN OF SOUL
//Klik gambar untuk bantu undi//

Artwork ni adalah merupakan satu penghormatan kepada tentera, polis dan seangkatan dengannya. Dipendekkan cerita kebanyakan ahli keluarga bapa saudara aku sebelah bapa adalah askar (Abang bapa aku, anak dia, menantu dia) kebanyakannya adalah askar. Bagi orang-orang tua dahulu bekerja sebagai askar adalah merupakan suatu pekerjan yang dianggap mulia. Yalah mana taknya merekalah yang menjaga keselamatan negara tercinta ini. Tambahan lagi dia ada duit pencen jadi selepas bersara mereka dapat balik semula ke kampung dan menggunakan duit pencen untuk dijadikan sebagai modal untuk mengerjakan ladang. Uish kalau nak aku cerita memang panjang jadi aku habis disini dulu.


//Laman web rasmi REKATEE//

Jadi buat yang benar-benar membaca blog aku ni komen lah ye..

November 25, 2010

WEKILL 'TOTEM' NEW ERA CAP


---//COLOR VERSION WEKILL 'TOTEM' NEW ERA CAP//---



Bagi yang masih tak tahu apa itu "totem" pergi check wikipedia. hehehee.. Totem biasanya adalah haiwan atau bentuk alam yang secara spiritual mewakili sebuah kelompok dari orang-orang yang berhubungan seperti suku. Totemisme memainkan peranan penting dalam perkembangan teori keagamaan abad ke-19 dan awal abad ke-20, terutama untuk pemikir seperti Émile Durkheim , yang memusatkan kajiannya ke kebudayaan primitif.

Manakala di Amerika Utara, tiang totem yang berada di pasifik di barat laut amerika mempunyai banyak bentuk (beruang, burung, kodok, manusia , kadal, lihat pictogram). Mereka mempunyai tangan, sayap dan kaki. Kemungkinan kebudayaan totem dalam budaya cina kuno, Budaya Sanxingdui di Selatan China, lebih dari 5000 tahun yang lalu, ada kemungkinan meletakkan emas dan gangsa di kepala totem. China menuliskan "Totem" menjadi "Tuteng". Topeng gangsa dan kepala Sanxingdui terlihat diletakkan di atas tiang-tiang kayu. Beberapa berpendapat bahawa budaya totem tersebut berasal dari penduduk asia asli lalu menyebar ke seluruh belahan dunia. Walaupun ini nampaknya tidak masuk akal kerana usia totem di Amerika Utara dianggarkan berusia lebih dari 10.000 tahun.

Source: wikipedia.org

-------------------------//ON TEES//-------------------------

//red totem//

//grass green totem//

Dalam kebuntuan aku untuk menghasilkan design aku persembahkan WEKILL TOTEM.. hehehe.. Gambar Clone Trooper dah lama sebenarnya, cuma aku masih buntu macam mana nak hasilkan suatu artwork yang kaw-kaw macam kopi kapal api.. hehehe.. kalau nak tahu aku ni salah seorang peminat sci-fi film. Star Trek yang buat aku mula minat dalam genre sci-fi. Semenjak aku tonton Star Trek, aku mula berjinak-jinak dengan Star Wars [I, II, III, IV, V & VI], Star Wars [Clone Wars-TVSeries], Stargate Universe (TV Series), Robocop [I,II & III], Back To The Future [I, II & III].

November 16, 2010

SKIMTROOPERZ [MIRI]

Miri's Skimboarder



Skimtroopers merupakan skimboarding team yang pertama di Miri, Sarawak [Malaysia]. Skimboarding di Miri diasaskan oleh Nel dan kawan-kawan. Nama Skimtrooperz adalah cetusan idea dari Baxter. Mereka mempunyai misi dan visi yang tersendiri, di antaranya adalah memperkenalkan sukan skimboarding di daerah Miri. Ini bertujuan untuk menarik minat lebih ramai para belia untuk turut serta bergiat aktif dalam sukan skimboarding ini. Secara tidak langsung dapat mengurangkan gejala-gejala tidak sihat di kalangan belia.


Skimtrooperz akan berada di MIRI STREET 'CT' CARNIVAL pada 10 - 12 DEC 2010. Jadi bagi yang berada di Miri atau kawasan sekitarnya dijemput datang untuk memeriahkan karnival ini. Jangan lupa untuk beli merch SKIMTROOPERZ [SKIM WITH LOVE].



Miri Street CT Carnival
10 December - 12 December 2010
Pustaka Miri Sarawak
Come & Join Us!

For more details please contact;
Miss Affy +013 895 8045
Erizam Wong +017 8555 866

PhotoExhibition
PhotoTalk
Lomo
WorkShop
MegaSale
Street Soccer
and many more!



//SKIMTROOPERZ'S MERCH//


//design by skimtrooperz//


//aku edit sikit design mereka.. tambah board//


//unofficial design for Skimtrooperz dari artwork aku yang sebelum ini//

official facebook page:

November 5, 2010

WEKILL VS MONSTER LIBRE



//WEKILLEASY VS MONSTER LIBRE//

Aku ada jugak hasrat nak ikut Rantai Art Festival 2010. Tapi aku masih musykil dengan macam mana artwork aku nak dipamerkan. Yalah aku berada di Sarawak jadi agak payah untuk pergi ke festival tersebut. Apa lagi untuk merasai kemeriahan serta menyaksikan hasil tangan aku tergantung di Balai Seni Lukis Negara. Ada jugak keinginan untuk turut serta turun ke festival dan melihat sendiri seni-seni anak Malaysia. Bertukar-tukat pendapat dan pengetahuan. Alangkah bahagianya kalau komuniti seni Sarawak seaktif itu. Yuran penyertaan sebanyak RM 100 untuk 5 artwork, saiz artwork adalah tidak terhad. Ada gak rasa nak hantar satu kanvas besar tapi aku rasa pintu kapal terbang tu kecil jadi aku rasa tak muat. Mungkin kalau aku jadi ikut, paling-paling aku hantar yang saiz A3 digital printing dekat kertas. Lepastu mungkin aku bingkaikan. Tengoklah macam mana nanti, lagipun aku tengah kering sekarang ni. Apa-apapun kita tengok macam nanti.

------------------------------------------------------------------


//tekan gambar untuk mendapat informasi yang lebih tentang Rantai Art Festival 2010//
------------------------------------------------------------------

October 20, 2010

WEKILL MONSTER LIBRE



Ada yang kata kalau buat banyak sangat entri dalam satu hari tak bagus untuk kesihatan blog, kenapa ye? Tapi ntahlah. Aku dah tak tahan nak post design ni. Design ni dari artwork aku yang sebelum ni Monster Libre #1. Aku buat balik sebab yang sebelum nie line dia sangat halus jadi pada pendapat aku mungkin tak efficient kalau nak print nanti. Jadi apa yang berubah adalah, aku tebalkan dan variasikan saiz line. Bahagian belakang dari rotan berduri aku tukarkan dengan bingkai sebab yang sebelumnya nampak kosong. Aku ada gak mencuba menambah warna dalam design ni supaya tak nampak kosong tapi belum berpuas hati dengan hasilnya. Nantilah aku post lagi kalau dah siap.

Aku jenis yang suka akan kekemasan dalam design aku, jadi dari Ps--->Corel Draw--->Ai. Mungkin ada yang kurang berkenan mengunakan Ai. Tapi apa nak buat aku takda Wacom Tablet jadi nak melukis dalam Ps menggunakan tetikus, bagi aku kurang bijak dan tak efficient. Tambah dua tetikus aku rosak dalam experiment melukis.

Apa-apapun baju ni belum siap dan masih dalam perbincangan samada nak di cetak pada baju dan dijual ke tidak. Sebabnya aku tak nak syok sendiri, nanti aku print takde yang nak beli tak ke rugi. Niat aku nak print dalam empat warna baru pengguna rasa berbaloi bila beli. Ye tak?

Apa-apapun WE-KILL-EASY [nothing is simpler].

My 1st Printed Artwork&Poster



Hurm. Aku rasa sangat teruja sekarang ni. Yalah mana taknya 3 kaki lebar & 4 kaki panjang, bayangkan kalu artwork yang dibuat sendiri terpampang di dinding bilik. Walau bagaimanapun aku AGAK berpuas hati dengan hasilnya. Kenapa aku agak berpuas hati? Adalah satu kebiasaan sekiranya kita cepat puas dengan sesuatu barang, kita aku mudah jemu dan hasilnya kita akan mudah berputus asa. Tambahan sudah sememangnya tabiat manusia yang tak akan pernah berpuas hati dengan apa yang ada. Kertas putih tu saiz A4, jadi agak-agaklah berapa besar poster tu.

Tujuan aku cetak design yang ni pada kanvas adalah untuk memberi dorongan semangat kepada aku untuk berusah dengan lebih lagi. Yalah kalau semua yang aku buat dalam notebook bukan nya ada makna. Nak kena sentuh baru ada feel.. hehehe



Kalau boleh aku harap suatu hari nanti aku dapat pamerkan hasil tangan aku di galleri. Biar ramai orang berkongsi keindahannya.. cewah.. apa-apa pun harap-harap ada yang berkongsi keterujaan dengan aku. Until then INVADE THE SOUND OF LIGHT.

October 19, 2010

PRAY



Design yang sama kecuali aku tukar background gambar sebab aku kurang berpuas hati dengan yang sebelumnya. Ada sedikit adjustment di bahagian tangan kiri dan nampak lebih kemas. Yang ni merupakan kali pertama aku cuba untuk bermain dengan warna untuk membentuk element realist atau light effect. Aku kurang pasti yang experiment ini berjaya namun aku agak berpuas hati dengan hasilnya dan ada kemungkinan aku akan print di kanvas.

Tajuk dari "Hello?" aku tukar menjadi "Pray" kerana pada asasnya gambar menunjukkan seorang gadis yang sedang bersembahyang. Artwork ni bukan bertujuan untuk menghina mana-mana agama (takut kalau-kalau ada yang tersalah anggapan).

Aku akan berdoa sekiranya aku berada dalam keadaan yang lemah atau tidak berdaya. Kerana aku percaya bahawa Dia memerhatikan aku dan sesunggunya apa yang terjadi adalah kehendaknya. Berdoalah sebanyak yang termampu kerana ia tidak memerlukan wang ringit.

Previous Artwork:
HELLO?


October 17, 2010

The Face of The Immortals



Aku seakan-akan tak percaya yang aku buat benda nie. Bukan aku nak cakap aku bagus tapi artwork kali nie nampak macam aku dah lama buat design. Padahal aku baru je berjinak-jinak dalam alam seni ini. Belum sampai setahun pun sebenarnya. Aku bukanlah seorang mahasiswa yang mempunyi ijazah dalam grapic design atau yang seantero dengannya. Sekarang ini pun aku masih melanjutkan pelajaran HND Electric & Electronic. Pada pendapat aku sains dan seni mempunyai jurang yang sangat besar.. terlalu besar untuk disatukan, tetapi tidak mustahil untuk bergerak bersama. Okay terkeluar lah pulak dari topik.

Tajuk artwork kali ini adalah "The Face Of The Immortals". Nama ini aku ambil dari lagu Kings Of Leon yang terbaru iaitu "The Face" dan "The Immortals" dari album "Come Around Sundown"

Design ini dibuat mengunakan Adobe Illustrator 100%. Keseluruhannya aku cukup berpuas hati dengan artwork kali ini. Artwork ni ada satu lagi species yang lebih kurang sama tapi terdiri dari barisan garis-garis pattern. Maksudnya line hitam tu bertukar pattern. Tak dapat bayangkan? tunggu saja hasil dia nanti.

October 1, 2010

Aku Bunuh Bigik Mata


///I KILL EYEBALL///

There is so much things need to be done before i start "experimenting" t-shirt.

September 27, 2010

HELLO?


My first try to play with some colour cause more colour means more responsibilities and you have to extract your brain where and how to put certain colour. Plus it not easy to choose right colour cause it will affect your whole artwork. Might not be the best but I've try my best.

Recently i've been tryin' to create a monster, a cute monster. Well see what will happen. Until then see you.

September 17, 2010

Monster Libre


Design ini adalah adunan dari Goblin + Lucha Libre + Skull + Oni = Monster Libre. Aku masih kurang berpuas hati dengan design ini. Tapi tak mengapa tidak pernah kita rugi untuk mencuba dan buat yang suka terima kasih dan buat yang kurang suka saya akan cuba buat yang lebih baik untuk design yang akan datang.


Sebelum ini kebanyakan design yang aku buat lebih berunsurkan mesra cetakan atau dalam erti kata lain barisan-barisan warna yang teratur supaya memudahkan proses pencetakan pada baju. Sebabnya sebagai seorang designer t-shirt (belum layak lagi nak dipanggil designer pun) benda asas yang perlu kau tahu adalah berfikir sepertimana pencetak baju kamu akan mencetak baju itu nanti. Jadi formula sains dia adalah "Semakin sukar si pencetak hendak mencetak baju, maka semakin banyaklah duit auda dia akan mintak". Aku mungkin takkan cetak yang banyak warna ini sebabnya aku belum mahir dalam cetak mencetak baju. Kalau nak jugak tunggulah dalam dua-tiga tahun yang akan datang. Hehehe..


Okay. kalau yang kempunan nak baju ini jugak, paling-paling aku akan cetak yang macam ini. Satu warna dan ada kebarangkalian murah berbanding dengan design yang banyak warna. Jadi sediakan duit dari sekarang, simpan baik-baik dalam tabung, tunggu dah cetak dan beli. Sebagai designer t-shirt yang tak berapa ini, bukan duit yang jadi ukuran kesukses-an aku tapi berapa banyak yang sanggup beli dan pakai di khalayak ramai. Hanya dengan melihat orang memakai baju yang aku design sudah membuatkan aku bahagia sebahagia-bahagianya. Ini bermaksud setiap titik peluh semasa aku mendesign adalah berbaloi dan setiap kali aku hendak menghasilkan design aku akan hasilkan dengan sepenuh hati. WEKILLEASY!

Sekian Terima Kasih!

September 6, 2010

Illustrator Exercise #001




This artwork sketch by KidNotorious. I not very good in drawing but I am still try to improve my skill. I think this is some short way to improve my skill. I hope they allow me to use their awesome sketch to help me to upgrade this little not so good in drawing guy. That all.

September 2, 2010

WEKILLEASY ASTRONAUT


|Sekadar Gambar Hiasan HEHE|

Okay since CL sik berapa suka design yang sebelum ni aku tukar pegi WEKILLEASY.. Whaha.. tak ada yang istimewa cuba aku tambah sikit warna nak bagi tampak ceria bila pakai.
|WEKILLEASY ASTRONAUT|

August 31, 2010

CANNIBAL LANDLORD

|KLIK GAMBAR UNTUK KASI TERANG|



Design yang aku buat untuk Cannibal Landlord. Band metal dari Miri. Design ini aku belum tunjuk dengan mereka lagi. Jadi masih tak tahu apa reaksi mereka. Kita tunggu. Kalau-kalaulah mereka approve jadi official design mereka aku ingat nak aku yang jadi pencetak. Maksudnya aku yang cetak design tu jadi takpayah nak cari printer lain tapi baju ini mereka ja yang jual. Kira macam aku supplier ja. Kira macam WEKILLEASY support Cannibal Landlord. Cannibal Landlord support WEKILLEASY lah nie. WIN-WIN situation. Apa-apa kita tengok nanti apa kata mereka. Kalaulah mereka tak nak aku tukar pegi WEKILLEASY.. HAHA.. yalah kalau orang tak hendak nak buat macam mana ya tak. Takkan nak paksa mereka pakai pulak.

Harap-harap CL dapat pegi jauh, lagi jauh lagi bagus.



|Putih|

|Itam|



Jangan Curi!

King Of The Wild Design


|King Of The Wild|

Design ini aku namakan sebagai King Of The Wild atau Raja Segala Haiwan Liar. Kalau ada yang tanya kenapa aku guna singa sebab dia, singa adalah raja rimba. Adik aku pun tahu. Aku ambil masa seminggu untuk menyiapkan kepala singa tu. Nampak senang bukan? Aku taklah berjam-jam buat. Dalam sejam tu aku lukis sini, esok pulak aku lukis sana, itu yang ambil masa sikit. Design nie mungkin akan dicetak dekat baju t-shirt tak lama lagi. Harga dia pun mungkin RM 35 atau mungkin RM 30. Tak mahal, tengoklah macam mana nanti aku pun bukan nak cekik darah sangat. Aku pun kadang-kadang sakit hati bila tengok harga mahal nak mampus tapi barang dia kain buruk kat rumah aku lagi elok. Tapi kos penghantaran awak tanggung sendiri.

Sekarang nie aku masih design dulu nanti barang-barang printing aku dah sampai baru aku mula berniaga cetak-mencetak baju. Apa-apa pun sokonglah aku sebab aku suka orang yang setia. Manalah tahu kot-kot nak beri baju free kat blogger. Bukan kot-kot memang aku nak beri tapi tunggulah dulu, tunggu semua dah jalan dengan betul. Kita buat satu persatu. Bagi yang rajin jenguk tu aku ucap terima kasih. Bagi yang komen post aku tu, awak semua memang terbaik.

August 20, 2010

Riders On The Storm


I have fun while making the helmet using Adobe Illustrator, i try to make it look a life as possible. Actually this design i made for a friend of mine Syed Kamal. I first meet Kamal at Abang Azmie Tshirt Studio were i learn how to printing a t-shirt.. and for those who been following me.. i mean really following me, they'll know a little bit about the journey. This awesome guy have this bikers group call ER6 UNDERGROUND and they have been feature on several magazine. ER6U.


|click for larger view|

Thank You.

Update:

Here a few example of ER6 Underground T-Shirt from design that i just made. I change Riders On The Storm into ER6 Underground. I have this feeling that it could be awesome if i can wear any one of these t-shirt. Maybe i'll try to make a few more bikerz type of t-shirt.



|click picture for larger view|

August 16, 2010

WEKILLEASY™ #301 Black


|WEKILLEASY|


I change the color again because the previous one look darker when printed. I can't wait to see it printed on a t-shirt.