Design ini adalah adunan dari Goblin + Lucha Libre + Skull + Oni = Monster Libre. Aku masih kurang berpuas hati dengan design ini. Tapi tak mengapa tidak pernah kita rugi untuk mencuba dan buat yang suka terima kasih dan buat yang kurang suka saya akan cuba buat yang lebih baik untuk design yang akan datang.
Sebelum ini kebanyakan design yang aku buat lebih berunsurkan mesra cetakan atau dalam erti kata lain barisan-barisan warna yang teratur supaya memudahkan proses pencetakan pada baju. Sebabnya sebagai seorang designer t-shirt (belum layak lagi nak dipanggil designer pun) benda asas yang perlu kau tahu adalah berfikir sepertimana pencetak baju kamu akan mencetak baju itu nanti. Jadi formula sains dia adalah "Semakin sukar si pencetak hendak mencetak baju, maka semakin banyaklah duit auda dia akan mintak". Aku mungkin takkan cetak yang banyak warna ini sebabnya aku belum mahir dalam cetak mencetak baju. Kalau nak jugak tunggulah dalam dua-tiga tahun yang akan datang. Hehehe..
Okay. kalau yang kempunan nak baju ini jugak, paling-paling aku akan cetak yang macam ini. Satu warna dan ada kebarangkalian murah berbanding dengan design yang banyak warna. Jadi sediakan duit dari sekarang, simpan baik-baik dalam tabung, tunggu dah cetak dan beli. Sebagai designer t-shirt yang tak berapa ini, bukan duit yang jadi ukuran kesukses-an aku tapi berapa banyak yang sanggup beli dan pakai di khalayak ramai. Hanya dengan melihat orang memakai baju yang aku design sudah membuatkan aku bahagia sebahagia-bahagianya. Ini bermaksud setiap titik peluh semasa aku mendesign adalah berbaloi dan setiap kali aku hendak menghasilkan design aku akan hasilkan dengan sepenuh hati. WEKILLEASY!
Sekian Terima Kasih!
2 comments:
power bro... design memang klas...
terima kasih.. takdelah kelas mana.. masih belajar lagi.. hehe
Post a Comment