Alkisah bermula begini, ada satu hari yang mana setahun yang sudah aku terjumpa satu laman sesawang yang ada memberikan tunjuk ajar macam mana nak buat t-shirt pembetulan printing t-shirt. AZMIETSHIRT nama web tu. Aku pendekkan cerita nie bukan ada yang nak baca pun, jadi aku ambil keputusan tuk menabung pakai beli tiket kapal terbang nanti. Lama gak aku menabung, kadang-kadang bila tengok orang makan yang sedap-sedap aku terpaksa ikat perut. Nasib aku baik sebab tempat pengajian aku tu tak lah jauh mana, jadi boleh pegi balik makan tengah hari.
Dalam aku menabung tu aku adalah jumpa satu skim buat duit, namanya Aleacorp. Nak jadi ahli kena bayar RM 30 atau RM 150. Dah dasar manusia memang tamak aku pilihlah yang RM 150 tu. Kalau nak dapat duit cara nie mesti pandai berkata-kata dan usaha. Disebabkan aku taknak menipu cakap boleh buat duit banyak tanpa usaha jadi aku buat keputusan untuk tak teruskan. Lesaplah RM 150 aku tu. Tapi niat aku untuk belajar cetak baju tak pernah padam, macam arang, api dia kecil tapi boleh memasakkan daging.
Aku kumpul sampai RM 600. RM 400 untuk tiket dan RM 200 untuk yuran belajar. Bayangkan nak bawa RM 600 tu ke ibu kota. Nak mampus! Kurang-kurang pun seribu tu pun belum tentu cukup. Jadi aku minta kat mak aku minta modal RM 500 tapi dia bagi RM 600. Dah Rm 1200. Masa kat airport ayah aku lak bagi RM 300. Jumlah keseluruhan RM 1500.
Bebalik kepada cerita masa aku beli tiket kapal terbang. Masa aku nak beli tiket banyak sangat masalah. Disebabkan kalau beli tiket online lagi murah aku pun buat keputusan nak buat satu maybank visa kad. Nanti senang nak beli tiket. Masa aku nak buat kad, aku punya kad pengenalan tak dapat nak dibaca. Terpaksalah buat kad pengenalan baru. Nak buat kad pengenalan bukan sekejap, aku terpaksa tunggu sebulan. Tertangguh lak sebulan niat mulia aku nie nak printing baju. Siap je aku punya kad pengenalan aku terus ke bank maybank nak buat kad. Masa tu aku masih simpan duit kat celah-celah buku. Malas lah nak buat tabung dari buluh, leceh.
Nak dapat persetujuan dari mak dan bapak aku susah sangat sebab mana ada ibu & bapa nak bagi anak diaorang pegi ke tempat yang diaorang tak pernah pergi. Nie kan nak pegi sorang-sorang. Ibu kota pulak tu. Cukup duit RM 600 aku cuba booking online sendiri. Nasib aku memang malang sebab kad aku tu tak boleh pakai beli tiket kapal terbang online. Masa tu aku memang rasa celaka sesangat. Aku mintak lah tolong kawan aku ADAM GAU. Satu benda yang aku sakit hati sangat dia macam ambil kesah tak kesah ja. Tiga hari aku tunggu dia beli tiket, tak beli-beli. Malas nak tunggu aku suruh lah pensyarah aku Puan Ida tu pun kebetulan sebab masa tu aku nak suruh pensyarah lain. Bila nak booking je komputer ada masalah. Takdapat nak beli online. Apalah malang sangat nasib aku. Terpaksalah aku minta tolong Adam sekali lagi dengan muka yang tersangat lah tebal macam kamus dewan.
Masa beli tiket dari Miri ke KL takda masalah. Tapi bila nak beli dari KL ke Miri tetiba kad penuh, tak dapat nak beli lagi. Aku tak tau macam mana nak bayangkan perasaan aku masa tu. Kalau aku nak terus menetap kat sana tak pa lah juga. Tapi Adam nie bijak orangnya, dia mintak kad satu lagi dari ayah dia. Syukur semua okay.
Baiklah aku berenti kat sini, lain kali aku sambung lagi. Satu lagi ada kawan aku tanya kenapa kau kadang-kadang pakai bahasa melayu, kadang-kadang pakai english. Aku tulis dalam bahasa omputeh sebab nak praktis writing skill aku. Kalau salah satu dua tu takda yang nak memaki. Kalau ada pun aku peduli aku, aku punya blog sukati aku lah nak cakap bahasa apa. Nie yang aku cakap dalam bahasa melayu sebab lebih senang. Nanti kalau tulis dalam bahasa english tapi berterabur apa guna. ye tak.
Apa-apapun cerita nie nanti sangat panjang dan ada banyak benda yang menarik sepanjang perjalanan aku ke sana. Sebelum abis aku nak ucapkan berjuta-juta terima kasih kepada Mak & Ayah aku sebab kalau tanpa diaorang benda nie takkan jadi. Terima kaish Adam Gau sebab tolong beli tiket, aku tak perlukan banyak kawan asalkan aku ada sorang yang macam kau. Lepastu Abang Azmie & Kak Umie sekeluarga sebab banyak tolong aku masa kat KL, jasa abg & kak mie takkan saya lupa. Dan semua yang merealisasikan impian saya setakat ini. Perjalanan saya masih jauh lagi, masih banyak yang belum tercapai, semoga kita berjaya.
The King and U
2 days ago
No comments:
Post a Comment