WEKILLEASY CLOTHING




My clothing label base in Miri, Sarawak (Borneo). Establish since 2010. Really appreciate it if you guy like our page, support us ya'll. All design currently made & illustrate by me, Gilbert Juan.

December 29, 2011

RekaTee Interview x Gilbert Juan


-
Q: Can you tell us a little about yourself?

A: I am a humble guy who is living in Miri, Sarawak. Currently I am taking HND in Electrical and Electronic Engineering at the ICATS. All this while I self-learn by obeserving the art of others. Now, I am managing my own clothing label at a small scale, established in 2010, which I name it WKEC or We Kill Easy Clothing.

Read the rest of the interview here

-
Secara jujurnya gambar diatas merupakan yang paling sopan yang aku ada. Aku bukan jenis individu yang suka diambil gambar. Aku rasa tak selesa berdepan dengan kamera dan ia bukan kerana aku tak yakin akan penampilan aku. Percayalah aku diantara individu yang punyai keyakinan yang tinggi. Okay taklah tinggi sangat. Aku suka buat pembentangan kerana aku suka bila semua orang memandang kearah aku bila aku berkata-kata. Pengajarannya ialah isi dada engkau dengan ilmu supaya orang kagum dengan kebijaksanaanmu.

Akhir kata, bila engkau suka melakukan sesuatu dan engkau hebat melakukannya, teruskan kerana engkau mungkin menjadi tiang inspirasi kepada orang lain. Baca interview aku ya.

December 25, 2011

I Win RM 1000: REKATEE x RC SMART Design Competition


-
Lihat pemenang tempat ke-2 dan ke-3 : Here

Mula-mula aku semak senarai pemenang hati aku dah berdebar-debar. Ada 3 pemenang tempat ketiga, 1 untuk pemenang kedua, dan 1 untuk pertama. Masa itu line connection aku slow sangat jadi aku ingat tiga artwork tu saja yang menang, aku rasa sangat hampa. Aku refresh balik untuk memastikan fakta aku betul ke tak. Bila aku scroll down aku tersentak bila dapat tahu yang artwork aku mendapat tempat pertama dan bukan itu saya aku dapat RM 1000. Gile-gile!

Ini merupakan salah satu artwork yang aku paling suka bukan kerna menang RM 1000 tapi sebab dia berikan aku satu perasaan yang mana aku perlu hasilkan artwork yang berbaloi untuk dihargai dan adakah ia layak untuk diberi ganjaran. Aku cuba meletakkan diri aku pada tempat penganjur iaitu RC Smart. Apa yang mereka inginkan dan adakah ia berbaloi untuk menerima ganjaran. Pada aku ia bukan menjurus kepada wang akan tetapi penerimaan hasil seni itu sendiri. Aku sering bertanya adakah ia akan diterima dan dihargai. Kerana dalam apa juga yang kita lakukan, kita sememangnya mahu dihargai.

Apa-apapun tahniah juga kepada Melongray, Yman Siew, Rahimie Rashid & Farlism.

Akhir kata, aku sangat gembira dan aku berharap tahun 2012 akan memberikan lebih banyak berita gembira. Sekian terima kasih.

Interview aku bersama dengan RekaTee, jangan lupa pergi baca Designer Interview: Gilbert Juan

December 4, 2011

FLYING ACE

|FLYING ACE|

Design ini aku hasilkan selepas design RC SMART - FLYING HIGH (PILOT) untuk satu pertandingan design baju anjuran RekaTee. Sepertinya design-design yang lain aku akan membuat kajian samada dari segi ketepatan image dan fakta. Ini kerana setiap design aku tujukan khas kepada setiap individu yang punyai "passion" akan subjek tersebut.

Selain itu design ini juga dihasilkan dalam tempoh masa aku sibuk dengan projek akhir semester aku yang akan dibentangkan pada 6hb 12 2011 nanti. Tajuk Flying Ace diambil untuk memberi keunikan pada maknanya sendiri yang mana ia merupakan satu pingat yang diberikan kepada pejuang pilot tentera yang berjaya menembak kapal pejuang musuh.

Pada asalnya aku ingin menamakan ia sebagai Kamikaze kerana aku kagum dengan semangat patriotik mereka yang berani mati untuk negara mereka. Aku punyai minat akan info yang berkaitan dengan perang dunia dan strategi perperangan. Bukan aku bermaksud aku suka akan perperangan, tapi lebih kepada strategi perperangan itu sendiri yang mana ia sangat menarik dan bagaimana satu strategi yang bagus dapat membawa kepada kemenangan.

Walau bagaimanapun rajinkan membaca buku atau info-info yang berfaedah daripada duduk depan facebook menunggu dan membaca status orang lain.

|RC SMART - FLYING HIGH (PILOT)|
Kalau tak keberatan silalah bantu aku dengan mengundi di sini: http://www.rekatee.com/design/submission/1837-RC-SMART--FLYING-HIGH-PILOT/ dah yang seronoknya kini dapat login dengan menggunakan akaun facebook. Vote "I Love It!" ya.