WEKILLEASY CLOTHING




My clothing label base in Miri, Sarawak (Borneo). Establish since 2010. Really appreciate it if you guy like our page, support us ya'll. All design currently made & illustrate by me, Gilbert Juan.

September 10, 2010

Album Baru Kings Of Leon!

Baiklah, bagi yang sudah mengenali kurigan yang bernama Kings Of Leon yang berasal dari Tennessee (AS) aku ada berita baik untuk kau. KOL akan meriliskan album mereka yang kelima iaitu Come Around Sundown selepas kejayaan album ke-empat mereka (Only By The Night) 2008.

Caleb ada berkata dalam majalah NME yang kau boleh muat turun di SINI. Ayat-ayat ini membuatkan aku terhenti sejenak berfikir dia berkata "I don't even like being famous. I don't want that. I just want other band to respect us, and if they don't respect our music, then they have to respect our work ethic."


Album ini mengandungi 13 track kesemuanya.


Dibawah adalah rakaman dibelakang tabir pembikinan video single terbaru mereka yang bertajuk Radioactive.



Video Radioactive


Aku mula mengikuti perkembangan mereka semenjak mengenali kugiran ini dari seorang kawan yang bernama Larry. Aku tertarik selepas mendengar album pertama mereka jadi aku pun muat turun kesemua album KOL. Sehingga ke saat ini aku tak jemu mendengar musik mereka yang penuh dengan elemen southern-blues. Bagi yang belum mendengar KOL aku sarankan kau cuba dan aku sangat pasti pemikiran kau akan berubah seperti mana mereka telah merubah aku pada saat pertama musik mereka mencecah gegendang telinga aku.. (kiasan).

No comments: