Aku baru saja dapat mimpi yang sangat pelik.. aku mimpi pasal satu budak perempuan kena culik. Aku tak pasti mana nak mula sebab ingatan aku masih samar2 maklumlah mimpi. Ceritanya bemula begini, ada satu budak perempuan kena culik yang herannya aku sedih sangat. Jadi orang yang culik tu minta wang tebusan, dia minta pakai online payment tapi yang lagi pelik bapak aku bayar pakai kredit telephone.. tak munasabah langsung.. Tapi lepas tu penculik tu minta lagi kali ini dia minta dalam bentuk check, yang herannya aku boleh tanya bapak aku macam mana nak bayar guna kredit telephone? heran.. dalam mimpi aku nie penculik tu sangat terer siap pasang cctv kat rumah aku.. kira macam dia tahu setiap pergerakan akulah nie.. tapi dalam mimpi tu rupa rumah tu tak macam rumah aku, lain sungguh lain. Jadi penculik tu hacklah system komputer aku untuk minta wang tebusan, dalam video tu macam Taliban pun ada penculik tu.. tapi sambungan cerita ini lagi pelik..
Lepas itu aku dan sekumpulan tentera pergi cari diaorang dalam hutan, (kenapa mesti dalam hutan, kat bandar takboleh ke?) aku tak tahu macam mana nak terangkan tapi suasana dia lebih kurang macam perang dunia pertama.. kalau yang main Call Of Duty itu tahulah macam mana. Aku tak berapa pasti berapa orang mungkin 6 orang, lepastu kami sampai kat satu rumah terbiar. Masa itu kami dah perasan ada musuh dekat depan jadi kapten kumpulan itu suruh sembunyi. Aku dengan takutnya pergi sembunyi bawah rumah tadi.. dekat aku ada sorang lagi geng aku.. berlaku tembak menembak, yang herannya rupa musuh tu macam komunis.. ada satu masa tu aku bergelut dengan satu komunis nie.. sikit lagi nak kena tikam dengan pisau.. selepas kesemua musuh tu dah tewas kami bercadang meninggalkan tempat kejadian tapi aku mengambil keputusan untuk berpatah balik ke rumah terbiar tadi, ada satu benda yang buat aku berpatah balik tapi aku dah tak ingat.
Bila aku sampai ada pulak sorang makcik tua dalam rumah tu.. kapten kumpulan tadi tu tak sanggup nak tinggalkan aku jadi dia bawa sorang lagi tentera untuk temankan aku. Kami tanya makcik tu samada dia ada dengar pasal budak perempuan tu.. dia kata buka radio.. aku yang dari tadinya menggalas radio.. sejenis radio yang ada tv.. sungguh pelik ada ke radio tv? aku rasa tu tv satellite.. dalam tv tu news dah maklumkan bahawa budak perempuan tu dah meninggal dunia, digantung.. masa tu aku sedih sangat.. makcik yang tadinya dekat depan kata ada musuh dah mengelilingi rumah tu.. kapten dah buat keputusan untuk menyerah diri sebab musuh terlalu banyak.. aku terjaga bila musuh dah masuk rumah dan tangkap kami bertiga... benda terakhir yang aku ingat adalah sorang tentera tu makan lemon..
The King, his family and U
2 weeks ago
No comments:
Post a Comment