WEKILLEASY CLOTHING




My clothing label base in Miri, Sarawak (Borneo). Establish since 2010. Really appreciate it if you guy like our page, support us ya'll. All design currently made & illustrate by me, Gilbert Juan.

June 13, 2010

Does Humanity Still Exist?

THE ROAD (2009)

The Road atau dalam bahasa melayunya "Jalan" adalah pada asalnya sebuah buku karya Cormac McCarthy, seorang penulis America yang pada pandangan aku sungguh hebat. Tapi aku nak ceritakan pasal filem yang sama tajuk dan jalan ceritanya. The Road mengisahkan cerita perjalanan dua anak beranak iaitu si ayah dan anaknya. Alkisah berkisah dimana bumi berada di alam tiadanya peradaban iaitu selepas berlakunya kejadian-kejadian besar atau "apocalypse" yang mana sifat kemanusiaan hampir hilang atau sudah hilang barangkali.

Perjalanan kedua anak beranak ini yang terpaksa menempuhi pelbagai rintangan seperti dikejar manusia canibal kerana sumber makanan adalah sangat-sangat sukar untuk diperolehi dan yang tinggal adalah daging manusia, mangsanya? Selain itu, kedua anak beranak ini terpaksa berjalan kaki dalam keadaan kelaparan, kalau nak dibandingkan dengan masyarakat sekarang nak ambil makanan ke dapur pun meraung minta diambilkan.

Ada suatu adegan yang mana selepas kedua anak beranak menemui tempat simpanan makanan bawah tanah, namun bertekad meninggalkannya kerana kurang selamat, kemudiannya mereka berdua terjumpa seorang lelaki tua. Si anak memohon si ayah supaya memberikan sedikit kepada orang tua yang mereka temui. Pada fikiran aku, akankah aku lakukan perkara yang sama sekiranya situasi itu berlaku pada aku. Mungkin ya atau mungkin tidak.

Penghujung cerita agak menyedihkan namun disebalik kesedihan itu tercipta satu kegembiraan. Walauapapun tontonlah sendiri dan aku pasti anda dan anda akan merubah jarak penglihatan minda anda.

Ramai yang mengatakan bahawa mereka mempunyai sifat kemanusian, berkata tidak cukup wahai kawan, buktikan!

Mungkin tidak terlalu bodoh untuk aku berkata bahawa aku yakin dan percaya suatu seperti ini akan terjadi kerana adalah tidak mustahil suatu ketika nanti ketamadunan akan hilang, manusia memakan manusia untuk terus hidup bahkan duit yang kininya satu kegilaan akan dijadikan pemanas badan. Pengajarannya? cuba fikirkan sendiri..

THE ROAD (2009) POSTER


|click poster for THE ROAD OFFICIAL WEBSITE|


|click poster for THE ROAD OFFICIAL WEBSITE|


|click poster for THE ROAD OFFICIAL WEBSITE|

p|s: aku lebih suka untuk mengunakan bahasa melayu formal jika dibandingakan dengan bahasa pasar..

2 comments:

Hasrol Nizam said...

kawan aku pun ada suggest utk tgk ceirta ni..tp smpai skrg tak tertengok..mungkin lepas ni..tgu download dulu.. :)

PENCUCI JɅMBɅN™ said...

bagus crita nie.. aku suggest se-suggest-nya.. hehe..