WEKILLEASY CLOTHING




My clothing label base in Miri, Sarawak (Borneo). Establish since 2010. Really appreciate it if you guy like our page, support us ya'll. All design currently made & illustrate by me, Gilbert Juan.

January 13, 2010

Derma Darah

13hb Januari 2010:

Hari pertama kuliah.. Hnd(High National Diploma).. seakan-akan salah satu impian aku mulai tercapai. Setahun setengah yang lalu aku hanyalah seorang pelajar yang gagal.. Gagal untuk maju, sedangkan ramai kawan-kawan yang berjaya melanjutkan pelajaran dan bergelar Sarjana Muda. Yalah, kita tidak akan tahu sama sekali hala tuju hidup sekirangnya ia tidak dirancang bahkan apa yang dirancang kadang kala tak menjadi seperti yang diharapkan. Namun bukan itu yang ingin aku kongsikan saat ini..

Alkisah bermula...
Masa pendaftaran pelajar tua (senior) pensyarah ada memberitahu bahawa hari Rabu iaitu 13hb Januari 2010 akan diadakan Hari Menderma Darah untuk PPKS. So i think it would be interesting if i join and donate a little bit of my blood for someone that might need it.

Bangun jam 8.30 pagi. Aku bertanya kepada kawan-kawanku yang lain samada mereka ingin turut serta menderma darah namun sokongan tidaklah seperti yang aku harapkan. Mungkin takut agaknya di cucuk jarum..hehe..

Ia sesuatu yang baru bagi diriku kerna sebelumnya aku tak pernah mempunyai pengalaman yang sepertinya namun aku tenangkan diriku. Kelihatan juga pelajar-pelajar yang lain turut serta untuk menderma. Mungkin juga sekadar memenuhkan tempat atau hanya curious about what happen actually.

Aku diberi borang untuk diisi. Didalam borang penderma akan menjawab beberapa soalan berkenaan pengalaman samada pernah menderma atau tidak dan beberapa lagi soalan untuk memastikan penderma layak untuk menderma ataupun tidak.

Derma_Darah_1

|Kanan|
"Borang disemak dan penderma akan ditanya sama ada pernah menderma atau tidak"
|Kiri|
"Nama penderma dimasukkan dalam rekod"

Derma_Darah_2

|Kiri|
"Tekanan darah diambil untuk memastikan tiada darah tinggi"

Derma_Darah_3

|Atas|
"Mengenalpasti jenis darah"

Derma_Darah_4

|Atas|
"Bahan-bahan yang digunakan semasa menguji jenis darah"

Derma_Darah_5

|Atas|
"Untuk memastikan tiada jangkitan, guna dan buang"

Derma_Darah_6

|Atas|
"Setiap penderma akan dijaga untuk memastikan tiada sebarang masalah timbul semasa proses menderma dijalankan. Jadi bagi sesiapa yang belum pernah menderma jangan takut untuk menderma kerana pegawai yang bertugas akan menjaga dan membantu anda semasa proses berjalan."

Derma_Darah_7

|Kiri|
"Pengarah Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak"
Yang Berusaha Encik Murni

Derma_Darah_8

|Atas|
"Tiada komen..hehe"

Malangnya aku tak dapat memenuhkan sepain paket darah sebab pegawai yang bertugas memberitahu bahawa liang darah aku terlalu kecil tambahan urat darah yang bagaikan litar lumba, menyukarkan jarum untuk mengalirkan darah. Hasrat yang tak tercapai dan bagi yang berjaya memenuhkan sepain darah aku ucapkan syabas..Your the Man! Bagi yang ragu-ragu untuk menderma darah aku sarankan buang keraguan kerna ia satu pengalaman yang menyeronokkan plus ur saving others life buddy, what could be greater than that?

Sekian,
Penderma darah yang kehampaan kerna tidak berjaya memenuhkan sepain paket darah.

No comments: