WEKILLEASY CLOTHING




My clothing label base in Miri, Sarawak (Borneo). Establish since 2010. Really appreciate it if you guy like our page, support us ya'll. All design currently made & illustrate by me, Gilbert Juan.

April 23, 2011

Bumi Kenyalang Clothing Label: WKE Clothing

Clothing Label Dari Bumi Kenyalang: WE|KILL|EASY Clothing

January 12, 2011

WeKillEasy Clothing Company


Aku nak hasilkan satu logo atau trademark yang orang senang nak ingat dan mudah dihadam. Melalui pemerhatian aku, selalunya orang akan menghadapi masalah untuk memahami apa itu WEKILLEASY. Ini disebabkan WEKILLEASY adalah gabungan WE KILL EASY, jadi untuk memudahkan mesej itu disampaikan aku mengambil keputusan untuk menjarakkan sedikit pada artwork ini. Tambahan ada satu kes yang mana logo aku yang sebelumnya sedikit menyerupai logo satu syarikat orang kawin yang ada di Miri. Jadi untuk tidak menimbulkan kekeliruan aku mencuba untuk memperbaharui logo aku. Skemanya..

Kalau ada yang berkata untuk menghasilkan satu artwork typography adalah satu perkara yang mudah aku sangat tidak bersetuju. Pada pendapat aku typography merupakan antara salah satu seni digital yang sangat sukar untuk dilakukan. Yaa.. memang benar semua orang dapat menghasilkan seni typography namun berapa ramai yang mampu menghasilkan satu seni yang sangat cantik. Yang mampu membuatkan kita berhenti sejenak dan berfikir "bagaimana mungkin dia mampu menghasilkan sesuatu seperti ini"..

Aku bukanlah seorang individu yang mempunyai daya imaginasi yang cukup hebat jadi setiap kali aku terpandang akan hasil tangan orang lain aku akan mula berfikir apa yang cuba disampaikan oleh si pencipta. Aku mungkin mampu menghasilkan apa yang dihasilkannya tetapi persoalannya adakah aku mampu berfikir seperti mana dia berfikir.

//design bahagian belakan untk baju t-shirt Miri Battalion Mosher//

//logo pada bahagian depan//

Sekian.

December 30, 2010

REKATEE SUBMISSION

Beberapa hari yang lalu aku ditemukan dengan salah satu laman web yang menarik. Sekali pandang seakan-akan Threadless, dua kali pandang seakan-akan Emptees. Laman yang aku maksudkan adalah REKATEE. Laman yang mana designer atau illustrator menghantar design-design mereka untuk di undi dan sekirannya bernasib baik baju itu akan di cetak. Ganjaran RM 300 akan diberikan kepada yang berjaya. Jadi doakan agar aku berjaya.. hehehe walau bagaimanapun aku tidaklah mengharap sangat nak dapat ganjaran tapi kalau dah nasib badan apa salahnya ye tak. Sebabnya pada masa yang sama aku dapat memperbaiki kemahiran aku dan mendengar serba sedikit pandangan designer lain yang pada pandangan aku kebanyakannya dari Malaysia.

Jadi kalau ada kelapangan dan kesudian undilah ya.. Aku nak ambik kesempatan ni nak mengucapkan TAHNIAH kepada pasukan Malaysia yang telah memenangi Piala Suzuki. Kalau aku ada duit nanti, aku pegi beli baju jersi Malaysia.


MUNSTER
//Klik gambar untuk bantu undi//

Selalu kita dengar istilah manusia pertopengkan haiwan.. mungkin ini yang cuba aku sampaikan tetapi munster(nama haiwan tu) terlalu comel untuk dikategorikan sebagai haiwan buas. Pada awalnya aku ingin meletakkan satu shout box yang berbunyi "I'm a vegetarian". Disebabkan aku nak menghasilkan sesuatu yang mudah dan kemas jadi niat aku dibatalkan.

Apa yang aku ingin katakan adalah tidak wajar membandingkan haiwan dengan manusia.. kerana adalah lumrah haiwan untuk membunuh mangsanya sebab dia nak makan. Kalau dia tak makan nanti dia kebulur. Ini adalah artwork pertama aku yang seakannya dan banyak lagi pada masa yang akan datang.

FREEDOM IS THE OXYGEN OF SOUL
//Klik gambar untuk bantu undi//

Artwork ni adalah merupakan satu penghormatan kepada tentera, polis dan seangkatan dengannya. Dipendekkan cerita kebanyakan ahli keluarga bapa saudara aku sebelah bapa adalah askar (Abang bapa aku, anak dia, menantu dia) kebanyakannya adalah askar. Bagi orang-orang tua dahulu bekerja sebagai askar adalah merupakan suatu pekerjan yang dianggap mulia. Yalah mana taknya merekalah yang menjaga keselamatan negara tercinta ini. Tambahan lagi dia ada duit pencen jadi selepas bersara mereka dapat balik semula ke kampung dan menggunakan duit pencen untuk dijadikan sebagai modal untuk mengerjakan ladang. Uish kalau nak aku cerita memang panjang jadi aku habis disini dulu.


//Laman web rasmi REKATEE//

Jadi buat yang benar-benar membaca blog aku ni komen lah ye..

December 9, 2010

188

Genap seminggu yang lalu Azah SkaliSkala ada beri satu anugerah Nice Blog kalau tak silap aku.. Aku nak minta maaf ngan Azah sebab lambat nak tulis entri pasal anugerah tu. Aku sibuk sesangat bulan lepas. 1 Disember 2010 yang lalu aku dapat keputusan pengajian aku. Secara rawaknya aku mendapat keputusan yang agak bagus tapi tak memuaskan.. ada dua subject "refer". dengan CGPA kurang dari 3. Alahai bilalah nak dapat 3.

Bulan lepas aku sibuk dengan Project Skimtrooperz. Dalam masa yang sama aku buat experiment dalam hobi baru aku iaitu cetak-mencetak baju.


Yang ni experiment pertama aku yang melibatkan saiz A2. Ada masalah sikit masa dalam proses pembikinan block tapi tak mengapa setiap kesilapan ada ruang untuk memperbaikinya.

November 25, 2010

WEKILL 'TOTEM' NEW ERA CAP


---//COLOR VERSION WEKILL 'TOTEM' NEW ERA CAP//---



Bagi yang masih tak tahu apa itu "totem" pergi check wikipedia. hehehee.. Totem biasanya adalah haiwan atau bentuk alam yang secara spiritual mewakili sebuah kelompok dari orang-orang yang berhubungan seperti suku. Totemisme memainkan peranan penting dalam perkembangan teori keagamaan abad ke-19 dan awal abad ke-20, terutama untuk pemikir seperti Émile Durkheim , yang memusatkan kajiannya ke kebudayaan primitif.

Manakala di Amerika Utara, tiang totem yang berada di pasifik di barat laut amerika mempunyai banyak bentuk (beruang, burung, kodok, manusia , kadal, lihat pictogram). Mereka mempunyai tangan, sayap dan kaki. Kemungkinan kebudayaan totem dalam budaya cina kuno, Budaya Sanxingdui di Selatan China, lebih dari 5000 tahun yang lalu, ada kemungkinan meletakkan emas dan gangsa di kepala totem. China menuliskan "Totem" menjadi "Tuteng". Topeng gangsa dan kepala Sanxingdui terlihat diletakkan di atas tiang-tiang kayu. Beberapa berpendapat bahawa budaya totem tersebut berasal dari penduduk asia asli lalu menyebar ke seluruh belahan dunia. Walaupun ini nampaknya tidak masuk akal kerana usia totem di Amerika Utara dianggarkan berusia lebih dari 10.000 tahun.

Source: wikipedia.org

-------------------------//ON TEES//-------------------------

//red totem//

//grass green totem//

Dalam kebuntuan aku untuk menghasilkan design aku persembahkan WEKILL TOTEM.. hehehe.. Gambar Clone Trooper dah lama sebenarnya, cuma aku masih buntu macam mana nak hasilkan suatu artwork yang kaw-kaw macam kopi kapal api.. hehehe.. kalau nak tahu aku ni salah seorang peminat sci-fi film. Star Trek yang buat aku mula minat dalam genre sci-fi. Semenjak aku tonton Star Trek, aku mula berjinak-jinak dengan Star Wars [I, II, III, IV, V & VI], Star Wars [Clone Wars-TVSeries], Stargate Universe (TV Series), Robocop [I,II & III], Back To The Future [I, II & III].