Sejenak aku terfikir excellent-kah aku? sejauh manakah ke-excellent-nan itu manjadikan aku individu yang mampu untuk bersaing dengan dunia luar? Jarak penglihatan aku masih terlampau kecil jika dibandingkan dengan mahasiswa yang lain namun mampukan aku menjadi lebih lagi? Menjadi individu yang berkarisma bila diajukan soalan, menjadi individu yang serba tahu bila diajukan persoalan.
Persoalan yang senantiasa timbul setiap kali ku jejakkan kaki ku ke kawasan kampus adalah dimanakah aku sedang berdiri pada saat ini. Mampukah aku berbangga dengan apa yang aku miliki kini? Mampukah ia menjadikan aku yang berguna? Mungkin terlalu dramatik untuk dinyatakan tetapi ia adalah sesuatu yang perlu aku ambil kira sekiranya aku mahu menjadi seorang individu yang berjaya.
Sekarang bukannya masa untuk menyalahkan sesiapa, bukannya masa untuk menunding jari menuduh orang lain penyebab kepada apa yang berlaku kepada kita. Puncanya adalah aku tetapi sejauh mana dan sedalam mana aku menyedarinya? itu persoalan yang sebenarnya.
Aku seorang individu yang mudah mengalah, sekiranya aku tidak diendahkan aku akan mula bersikap endah tak endah atau acuh tak acuh. Salah siapakah itu? adakah salah individu yang tak mengendahkan aku? Tidakkah ia terlalu hipokrit jika aku berkata ya?
Aku adalah individu yang ingin alam pengajianku menjadi alam dimana aku membangun menjadi seorang individu yang berketerampilan. Alam dimana aku memberontak untuk memperjuangkan hak seorang insan bernama "MAHASISWA". Terlalu payahkah permintaan aku itu untuk ditunaikan? Perlukah aku berarak di jalan sambil membawa sepanduk yang bertulis "AKU INGIN BERJAYA"?
Sudah terlampau lama aku bersikap tak kesah mungkin sudah sampai masanya untuk aku berubah. Mungkin sudah sampai masanya untuk aku punyai pendirian. Mungkin sudah sampai masanya untuk aku berdiri sambil minum susu supaya suatu hari nanti aku akan berdiri sama tinggi dengan pemimpin-pemimpin dunia. Terlalu banyak mungkin..
The King and U
2 days ago
No comments:
Post a Comment