Satu ungkapan yang jarang-jarang aku dengar namun maksudnya sama dengan membuat kerja last minute, sikap buruk yang patut dibuang oleh setiap lapisan masyarakat.
Kami diberi assignment yang mengambil masa dua minggu untuk disiapkan malangya hanya satu minggu saja yang digunakan. Sampaikan ada yang meminta untuk menangguhkan date line. Aku sungguh kecewa dengan sikap yang sebegini, alasannya soalan sangat susah untuk dijawab. Mengapa tidak seminggu yang lalu soalan itu dikemukakan, kenapa hari ini assignment perlu dihantar baru bertanya bagaimana nak menjawab soalan tersebut? Takkan nak disorrongkan bantal baru nak tidur? Takkan pensyarah perlu menyediakan jawapan agar mereka dapat menjawab soalan itu? Jadi kemanakah ilmu yang diajar sebelum ini, adakah ia secara tiba-tiba hilang sehinggakan kita menjadi terlalu bodoh untuk menjawab soalan seperti 1+1? Sukar sangatkah untuk menurut arahan yang diberi atau tempoh yang lama untuk sesuatu kerja menyebabkan kita mengambil mudah dalam semua perkara? Apakah masalah yang sebenarnya menjadi penyebab kepada sedemikian? Ada juga yang berkata kerja last minute adalah kerja yang pasti siap tetapi berkualitikah kerja yang sedemikian? Sekiranya ada kesalahan dalam kerja tersebut sempatkah kita untuk membetulkan atau kita membiarkan kerana kita beranggapan ianya sudah siap? Sikap asal siap dan last minute adalah sikap yang tidak harus dibangga-banggakan kerana ia satu sikap yang buruk. Mengapa perlu membangga-banggakan sesuatu yang buruk bukankah lebih baik sekiranya sikap suka siap awal yang dibanggakan? "Takkan Dah nak terberak baru nak cari jamban" bagaimana kalau jamban dah penuh atau terpaksa beratur untuk menggunakan jamban bukahkah malu sekiranya terberak dalam seluar tambahan lagi kalau yang terceret.. Alahai malang nasib.
Satu lagi sebenarnya tiada istilah "last minute" kerana masa itu tiada akhirnya.
Fikir-fikirkanlah.
The King and U
2 days ago
No comments:
Post a Comment