WEKILLEASY CLOTHING




My clothing label base in Miri, Sarawak (Borneo). Establish since 2010. Really appreciate it if you guy like our page, support us ya'll. All design currently made & illustrate by me, Gilbert Juan.

December 1, 2009

Jungle Tracking di Canada Hill..

1 Disember dah nie. Lambat lu nak update..haish.. Alkisah bermula apabila Cornelius mempelawa (lucu lah bunyi nya..ha!ha!) pegi Jungle Tracking. Lama sbnarnya kitaorang nak JT nie tapi yalah masa tak mengizinkan apa nak buat kan? Nasib baik sempat, jangan tunggu 2012 baru nak JT time tu smua dah takda (harap-harap ramalan Puak Maya tu salah..). Bebalik ke cita kita, mula2 kitaorang cadang pakai 2 keta tapi tetiba.. sambung minggu depan (ha!ha!)

tetiba kunci keta untuk transport yang satu lagi tuan dah kna guna..(bapa kawan guna..susah lu jwak nak explain..) so terpaksalah kitaorang berpadat macam iklan Milo. Bila pikir balik pasal iklan tu bleh ketawa dibuatnya. Bagi yang tak pnah buat tu cubalah buat ye..best hidu bau ketiak kekawan2..ha!ha!..

Janji turun jam 4.30 petang tapi kitaorang sampai jam around 4.45 petang. Takut mula menyelubungi diriku, yalah klau gelap kat lam hutan tu camne nak balik (pastikan korang ada sumber cahaya yang mencukupi..torchlight yang kecil pun cukup takpun rembat ja tepon kekawan ada lampu kat ujung dia tu..(eh..tepon nokia tu..lpak apa model dia..).

Mulanya aku igat apa ja yang mencabar JT di Canada Hill nie, dahla rendah semacam..(eksen lah tek..). Bagi yang tak pernah JT di canada Hill korang jangan takut sebab tempat tu mmg dah disediakan tuk jungle tracking siap dipasang tali lagi kat kawasan cerun2.. takpayah nak mengegeh (minta puji) bawa kompas, takkan sesat pun tapi aku nasihatkan korang pakai sarung tangan yang mak korang pakai bekebun tu..bukannya mahal pun daripada tangan korang melecet.. Korang boleh pilih samada nak pakai laluan yang susah atau senang..

Pengembaraan kami bermula diatas jalan bertar yang mengambil masa selama tak sampai 5 minit pun untuk sampai di simpang JT1. Mula2 nampak senang tapi bila dah samapai tengah2 (korang akan tauk bila korang men benda nie).. sampaikan tangan aku scratch tergelincir..phew nasib baik tak apa2.. yang paling buat aku seput (apa dalam bahasa melayu owh?) time last quest memang menguji aku pnya stamina (bukannya aku urang yang kuat stamina pun..).

The best part is bila korang dah sampai atas (finishing lah tu..) korang akan rasa sangat2 satisfy macam korang dah achieve something yang besar padahal baru panjat turun bukit je..(mungkin itu apa yang dirasanya kejayaan..cewah melampau dah..).

Tips Bila korang nak pegi JT.
(bagi yang dah tahu buat2 derk ja lah owh..klau bleh betul2 apa yang korang rasa patut)

1. Pakai Sarung tangan yang mak korang pakai bekebun..(murah ja tu..)
2. Pakai sluar yang tak terlampau ketat, klau nak ketat pun pilih yang jenis kain yang elastic taklah terkoyak time JT (macam kawan aku..ha!ha!)
3. takpayah nak ngegeh pakai jeans pegi JT xda orang tingok ko bukannya ko pg shupping kumplex.. digallakkan pakai sluar track.
4. Pakai stokin klau boleh, takut kaki korang melecet menyusahkan kekawan nak mengangkat korang.
5. Klau tak larat jangan teruskan ada shortcut yang membolehkan korang trus ke atas..(ada sesetengah tempatlah) takut korang pengsan.
6. Bawa air lebih, apalah salahnya korang bawa beg kecil takpun suruh kawan bawa..he!he!
7. Bawa gula2..cikit ja xpayah banyak.. glukosa bah tu.. jangan kunyah gula2 getah.. (no littering) tambah takut tercekik time mendaki..
8. Paling penting, jaga keselamatan korang dengan kawan korang jangan tingalkan sesapa dibelakang..sabar bah xda bukit ya lari..

Sekian, selamat mencuba resipi ini ya anak2..



Sori guys sebab aku punya tepon tingal lam keta takut2 ilang..plus aku lupa bawa beg.. len kali kalu aku pege anu bukit lagi aku kasi tangkap gambar banyak2 tuk korang.. Muka puas ati bbah tu.. ensem2 smuanya kan.. Ha!ha!

No comments: