WEKILLEASY CLOTHING




My clothing label base in Miri, Sarawak (Borneo). Establish since 2010. Really appreciate it if you guy like our page, support us ya'll. All design currently made & illustrate by me, Gilbert Juan.

November 16, 2009

Miri Underground Gigs [Part Satu]

Miri Gigs Bawah Tanah..

Official Poster



mari aku cita cikit pasal event nie yang aku anjurkan. Mulanya aku diberitahu oleh pensyarahku bahawa ada satu hari yang dipanngil "Hari Terbuka Kolej" yang mana ia bertujuan beri info orang luar pasal skolah aku iaitu Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak(PPKS). Kolej dia tak famous tapi aku boleh gatenti yang course dia bagus in fact sangat bagus. High National Diploma dalam Electrical and Electronic tambahan fee dia boleh kata murah jauh lebih murah dari Sweenburn atau Curtin. Nak dijadikan cerita aku decide kan buat gigs time hari tebuka tu nanti. Jadi aku dan kawanku Larry buatlah satu band nie yang di bri nama "Wanderlast" dengan Amir sebagai drummer dan Dumit sebagai rhythm guitarist. Larry main lead guitar aku men vokal. Kitaorang punya bassist salu tukar sbab aku xpandai nyanyi..lagu yang kitaorng bawa Use Somebody by Kings of Leon and Farewell To The Fairground by White Lies. Imagine ja lagu use somebody dah 15 kali bawa dan aku masih tak pas..mana tak larinya bassist yang pnah ikut kitaorng.. Ya gigs kat open day tu tak jadi sbah ada pensyarah tak kasi men.. Masalahnya camni, taun lepas pensyarah aku nie suruh buat Prom Nite tuk Kolej kitaorng.. Aku tak tau apa lepastu dia suruh gak buat jadi aku pun cubalah.

Punyalah payah bila krew xnak kerjasama. Yang aku takpuas ati bila sem 3 time tu boikot kitaorang pnya Prom sbab dia orang pnya kertas kerja xdapat kelulusan. Rasa celaka pun ada.. Masalah timbul bila kitarong short Rm 500 ringgit sbah pensyarah yang tadi tambah tempat duduk last2 minute..sekarang aku kena tanggung masalah tu sebagai ketua..mana tak celakanya rasa..korang rasa patut ka? dahlah kolej satu sen pun tak tolong..apa punya kolej..bukan nak memburukkan tapi budak2 SKM diberi duit percuma sedangkan bila CEE (course aku) sesen pun tak bagi..Atleast bila kitaorang buat event tolong lah nit tidak bia jak kitaorang yang tangung smua..pastu ngada2 nak buat event besa..

Aku nak ucap trima kasih ngan smua yang tolong time Prom Nite 2008 tu..aku hutang budi korang banyak sangat tak tau macam mana nak ganti..takpayahlah aku nak sebut nama malu plak diaorang nanti..

Poster #1


Balik kepada gigs..Mesti korang tertanya2 camne aku bleh buat gigs kat Dragon Malaya Studio. Critanya camni, ada satu time tu kitaorang jamming kat citu jadi aku tertarik dengan tempat dia. Aku pun cakap dengan owner dia Abg Adi Big knak tak buat gigs kat tempat nie. Pastu dia pun suruhlah aku buat kertas kerja. Mulanya kitaorang letak November 11, 2009 sbagai tarikh gigs tapi dua minggu sbelum tu Abg kata ada masalah permit jadi kitaorang terpaksa tunggu sebulan. Jadi terpaksalah aku tukar poster dan flayers yang aku tampal kat sekitar bandar Miri. Terima Kasih jga dengan Amir sbab tolong tampal Poster tu dekat RAGE di Bintang Plaza Megamall.. Mulanya aku dan Larry tampal memang malu betulah time tu sbab smua orang tengok. Smua orang heran tengok kitaorang dua tampal notis. Second nya aku dengan Cornelius (classmate).

Tarikh ditukar kepada November 21, 2009. Daripada 15 band hanya 11 band saja yang ikut dan saya mengalami kerugian cause duit yang sya guna tuk advertise. We'll i don't care as long as i can see Miri Underground Scene naik. Well everyone must think i'm insane tapi itu namanya cubaan dan aku takkan give up dan lari dari cabaran. Tanpa cabaran hidup itu tak ada ertinya, kadangkala kita harus cuba walaupun tak semestinya kita akan berjaya tetapi sekurang-kurangnya kita cuba.

Ktaorang ada meeting haritu November 15, 2009. Memang pening dan blur sbab aku mane pnah buat smua nie. Hari ni aku hantar deposit dengan Abg Adi Big:Rm 720. Smua nya RM 900.. masih ada dua band yang blum bayar Undear Feast dgn DBTM. Daorang Cannibal LandLord kata nanti diaorang tolong. Terima Kasih Cannibal LandLord.. Gigs akan berlangsung sabtu nie. Harap2 takda banyak masalah..

so ikutlah sambungan nya nanti..nanti aku crita camna time preparation dan event tu nanti..


Ada apa2 pasal event tu nanti contact aku
: 016 835 9106