WEKILLEASY CLOTHING




My clothing label base in Miri, Sarawak (Borneo). Establish since 2010. Really appreciate it if you guy like our page, support us ya'll. All design currently made & illustrate by me, Gilbert Juan.

November 21, 2011

Tujuh Bulan

Apa khabar auda semua? Diharap sihat sejahtera hendaknya di sisi orang yang tersayang. 7 bulan telah berlalu sejak entri aku yang sebelumnya. Jujurnya banyak yang berlaku dalam tempoh masa 7 bulan ni. Aku yang kini sibuk dengan projek akhir tahun yang mana tarikh akhirnya adalah 2 Disember 2011. Aku hampir tidak sedar yang aku punyai seminggu saja lagi untuk menyiapkan projekku itu. Untuk pengetahuan auda projek aku adalah dalam bahasa Inggeris -nya "Focklift Using PLC Software" dan buat yang tidak tahu apa itu PLC (Programmable Logic Controller). Amnya ia sudah siap dari segi fizikal akan tetapi masih ada beberapa masalah yang masih perlu aku perbetulkan. Namun apa yang sangat membingungkan aku adalah aku perlu menyiapkan laporan yang belum bermula satu muka suratpun aku siapkan. Nampaknya aku terpaksa berusaha lebih keras lagi agar dapat menghabiskan semester aku yang keempat ini.

Ini kerana pada Januari 2012 nanti kelas aku akan bertukar tempat dari PPKS, Lutong ke ICATS, Kuching di atas sebab-sebab yang tertentu. Di sini sahaja untuk setakat ini, kerana aku nak mula untuk menyiapkan laporan untuk projek akhir tahun aku itu nanti. Sekian.

Bahasa Jiwa Bangsa.