WEKILLEASY CLOTHING




My clothing label base in Miri, Sarawak (Borneo). Establish since 2010. Really appreciate it if you guy like our page, support us ya'll. All design currently made & illustrate by me, Gilbert Juan.

January 12, 2011

WeKillEasy Clothing Company


Aku nak hasilkan satu logo atau trademark yang orang senang nak ingat dan mudah dihadam. Melalui pemerhatian aku, selalunya orang akan menghadapi masalah untuk memahami apa itu WEKILLEASY. Ini disebabkan WEKILLEASY adalah gabungan WE KILL EASY, jadi untuk memudahkan mesej itu disampaikan aku mengambil keputusan untuk menjarakkan sedikit pada artwork ini. Tambahan ada satu kes yang mana logo aku yang sebelumnya sedikit menyerupai logo satu syarikat orang kawin yang ada di Miri. Jadi untuk tidak menimbulkan kekeliruan aku mencuba untuk memperbaharui logo aku. Skemanya..

Kalau ada yang berkata untuk menghasilkan satu artwork typography adalah satu perkara yang mudah aku sangat tidak bersetuju. Pada pendapat aku typography merupakan antara salah satu seni digital yang sangat sukar untuk dilakukan. Yaa.. memang benar semua orang dapat menghasilkan seni typography namun berapa ramai yang mampu menghasilkan satu seni yang sangat cantik. Yang mampu membuatkan kita berhenti sejenak dan berfikir "bagaimana mungkin dia mampu menghasilkan sesuatu seperti ini"..

Aku bukanlah seorang individu yang mempunyai daya imaginasi yang cukup hebat jadi setiap kali aku terpandang akan hasil tangan orang lain aku akan mula berfikir apa yang cuba disampaikan oleh si pencipta. Aku mungkin mampu menghasilkan apa yang dihasilkannya tetapi persoalannya adakah aku mampu berfikir seperti mana dia berfikir.

//design bahagian belakan untk baju t-shirt Miri Battalion Mosher//

//logo pada bahagian depan//

Sekian.