WEKILLEASY CLOTHING




My clothing label base in Miri, Sarawak (Borneo). Establish since 2010. Really appreciate it if you guy like our page, support us ya'll. All design currently made & illustrate by me, Gilbert Juan.

October 20, 2010

WEKILL MONSTER LIBRE



Ada yang kata kalau buat banyak sangat entri dalam satu hari tak bagus untuk kesihatan blog, kenapa ye? Tapi ntahlah. Aku dah tak tahan nak post design ni. Design ni dari artwork aku yang sebelum ni Monster Libre #1. Aku buat balik sebab yang sebelum nie line dia sangat halus jadi pada pendapat aku mungkin tak efficient kalau nak print nanti. Jadi apa yang berubah adalah, aku tebalkan dan variasikan saiz line. Bahagian belakang dari rotan berduri aku tukarkan dengan bingkai sebab yang sebelumnya nampak kosong. Aku ada gak mencuba menambah warna dalam design ni supaya tak nampak kosong tapi belum berpuas hati dengan hasilnya. Nantilah aku post lagi kalau dah siap.

Aku jenis yang suka akan kekemasan dalam design aku, jadi dari Ps--->Corel Draw--->Ai. Mungkin ada yang kurang berkenan mengunakan Ai. Tapi apa nak buat aku takda Wacom Tablet jadi nak melukis dalam Ps menggunakan tetikus, bagi aku kurang bijak dan tak efficient. Tambah dua tetikus aku rosak dalam experiment melukis.

Apa-apapun baju ni belum siap dan masih dalam perbincangan samada nak di cetak pada baju dan dijual ke tidak. Sebabnya aku tak nak syok sendiri, nanti aku print takde yang nak beli tak ke rugi. Niat aku nak print dalam empat warna baru pengguna rasa berbaloi bila beli. Ye tak?

Apa-apapun WE-KILL-EASY [nothing is simpler].

My 1st Printed Artwork&Poster



Hurm. Aku rasa sangat teruja sekarang ni. Yalah mana taknya 3 kaki lebar & 4 kaki panjang, bayangkan kalu artwork yang dibuat sendiri terpampang di dinding bilik. Walau bagaimanapun aku AGAK berpuas hati dengan hasilnya. Kenapa aku agak berpuas hati? Adalah satu kebiasaan sekiranya kita cepat puas dengan sesuatu barang, kita aku mudah jemu dan hasilnya kita akan mudah berputus asa. Tambahan sudah sememangnya tabiat manusia yang tak akan pernah berpuas hati dengan apa yang ada. Kertas putih tu saiz A4, jadi agak-agaklah berapa besar poster tu.

Tujuan aku cetak design yang ni pada kanvas adalah untuk memberi dorongan semangat kepada aku untuk berusah dengan lebih lagi. Yalah kalau semua yang aku buat dalam notebook bukan nya ada makna. Nak kena sentuh baru ada feel.. hehehe



Kalau boleh aku harap suatu hari nanti aku dapat pamerkan hasil tangan aku di galleri. Biar ramai orang berkongsi keindahannya.. cewah.. apa-apa pun harap-harap ada yang berkongsi keterujaan dengan aku. Until then INVADE THE SOUND OF LIGHT.

October 19, 2010

PRAY



Design yang sama kecuali aku tukar background gambar sebab aku kurang berpuas hati dengan yang sebelumnya. Ada sedikit adjustment di bahagian tangan kiri dan nampak lebih kemas. Yang ni merupakan kali pertama aku cuba untuk bermain dengan warna untuk membentuk element realist atau light effect. Aku kurang pasti yang experiment ini berjaya namun aku agak berpuas hati dengan hasilnya dan ada kemungkinan aku akan print di kanvas.

Tajuk dari "Hello?" aku tukar menjadi "Pray" kerana pada asasnya gambar menunjukkan seorang gadis yang sedang bersembahyang. Artwork ni bukan bertujuan untuk menghina mana-mana agama (takut kalau-kalau ada yang tersalah anggapan).

Aku akan berdoa sekiranya aku berada dalam keadaan yang lemah atau tidak berdaya. Kerana aku percaya bahawa Dia memerhatikan aku dan sesunggunya apa yang terjadi adalah kehendaknya. Berdoalah sebanyak yang termampu kerana ia tidak memerlukan wang ringit.

Previous Artwork:
HELLO?


October 17, 2010

The Face of The Immortals



Aku seakan-akan tak percaya yang aku buat benda nie. Bukan aku nak cakap aku bagus tapi artwork kali nie nampak macam aku dah lama buat design. Padahal aku baru je berjinak-jinak dalam alam seni ini. Belum sampai setahun pun sebenarnya. Aku bukanlah seorang mahasiswa yang mempunyi ijazah dalam grapic design atau yang seantero dengannya. Sekarang ini pun aku masih melanjutkan pelajaran HND Electric & Electronic. Pada pendapat aku sains dan seni mempunyai jurang yang sangat besar.. terlalu besar untuk disatukan, tetapi tidak mustahil untuk bergerak bersama. Okay terkeluar lah pulak dari topik.

Tajuk artwork kali ini adalah "The Face Of The Immortals". Nama ini aku ambil dari lagu Kings Of Leon yang terbaru iaitu "The Face" dan "The Immortals" dari album "Come Around Sundown"

Design ini dibuat mengunakan Adobe Illustrator 100%. Keseluruhannya aku cukup berpuas hati dengan artwork kali ini. Artwork ni ada satu lagi species yang lebih kurang sama tapi terdiri dari barisan garis-garis pattern. Maksudnya line hitam tu bertukar pattern. Tak dapat bayangkan? tunggu saja hasil dia nanti.

October 1, 2010

Aku Bunuh Bigik Mata


///I KILL EYEBALL///

There is so much things need to be done before i start "experimenting" t-shirt.